6 Lawan Kegemaran Undertaker Dalam Karier, Kesemuanya Bermakna Bagi Dirinya

The Undertaker telah melalui banyak pengalaman yang suka dan duka sepanjang kariernya selama 30 tahun di dalam WWE (dahulunya WWF).

Beliau menjadi ikon gusti WWE yang dianggap antara yang terhebat. Namun siapakah lawan yang digemari ataupun paling sukar serta memberikan kesan dalam sejarah kariernya menurut The Deadman.

Dalam dokumentari  ‘Last Ride’ beliau menamakan ada enam lawan yang memantu dan memberikan motivasi kepadanya untuk terus berkarya.

“Saya berkongsi ring dengan ramai lelaki yang hebat. Saya ada menikmati beberapa pertarungan yang menarik.”

“Sebenarnya ramai yang berada dalam senarai itu, tetapi kalau korang nak aku pendekkan senarai [muncul imej Bret Hart pada skrin].”

1. Bret Hart

The Undertaker memilih Bret Hart sebagai nama pertama. Kerana baginya Bret Hart merupakan penggusti yang sangat berseni.

Pada masa yang sama, menjadi antara watak yang pertama dikembangkan karakter bersama beliau ketika dahulu.

“Bret penggusti yang lembut bak sutera. Semua benda dia buat semuanya menjadi. Dia juga antara orang pertama yang saya kena kembangkan karakter bersamanya. Dan menunjukkan saya bahawa ia kadangkala lebih daripada sekadar gimik.”

“Bret Hart sentiasa menaikkan penanda aras.”

2. Kurt Angle

Seterusnya, The Undertaker menganggap Kurt Angle sebagai penggusti ‘badan kecil’ yang menjadi lawan kegemarannya.

“Saya suka sangat bekerja dengan mereka yang berbadan lebih kecil. Ianya lebih mudah untuk saya dari segi penceritaan.”

“Mereka ni sentiasa lebih besar dalam hidup mereka berbanding dengan saiz mereka.”

3. Batista

Berbicara tentang big guy, Undertaker juga menyenaraikan Batista sebagai pencabar kegemarannya. Dan percaya pertarungan mereka dalam WrestleMania 23 sepatutnya menjadi kad pertarungan utama / acara utama.

“Pertarungan saya dengan Batista, 2 penggusti besar sepatutnya tak sukar untuk menjadi pertarungan tumpuan malam tu. Saya sangat menyukai pertarungan itu.”

4. Ric Flair

Woooo!

Undertaker menyenaraikan seorang lagi legenda, Ric Flair di dalam senarainya.Taker mengakui beliau sangat suka bekerja dengan Ric Flair. Beliau mendedahkan dia teruja memilih Ric Flair ketika Vince McMahon memberikannya peluang untuk bekerja dengan siapa.

Menegaskan bahawa, Ric Flair ketika itu memang bakat yang dikira prospek.

“Gue masih ingat mas bro, semasa WrestleMania di Toronto. Saya tak ada lawan.”

“Lalu Vince [McMahon] datang tanya, kau nak bekerjasama dengan yang ini ke atau yang ini. Atau kau nak Flair? Terus aku jawab, aku nak bekerja dnegan Ric Flair.”

5 & 6. Triple H dan Shawn Michaels

Akhir sekali, Taker memilih Tripple H dan Shawn Michaels. Yang menurut beliau telah mewujudkan salah satu episod baling beliau banggakan.

Mereka membentuk jalan cerita yang luar biasa dan dinikmati para peminat dalam 4 acara straight di WrestleMania.

“Salah satu benda yang paling saya bangg adalah 2 pertarungan dengan Shawn, dan dua lagi dengan Triple H,” tegas beliau.

“Sangat jarang untuk kamu bercerita tentang cerita 4 tahun. Kesemua 4 pertarungan itu antara perkara yang terbaik pernah kami bertiga hasilkan.”