Jerman hampir ditunjukan jalan keluar oleh aksi bersemangat dari Hungary yang mencari slot ke pusingan kedua berturut-turut. Majoriti perlawanan Jerman berada di tempat terakhir kumpulan.
Hungary mendahului perlawanan seawal minit ke-11 melalui Adam Szalai. Keputusan tersebut kekal sehingga separuh masa pertama tamat.
Sementara itu keputusan Perancis-Portugal terikat 1-1 dan situasi tersebut meletakkan Jerman di tangga tercorot kumpulan F.
Jerman menarik nafas lega apabila Kai Harvertz menyamaan kedudukan pada minit ke-66, keputusan yang Jerman berada ditempat ke-2, pada ketika itu Perancis dan Portugal terikat 2-2.
Namun kegembiraan tersebut tidak bertahan lama, selepas 91 saat Hungary kembali di hadapan. Szalai tampil sebagai pencetus jaringan ke-2 apabila hantaran lintang darinya disudahi oleh Andras Schafer.
91 seconds between Germany equalising and Hungary going back ahead gone. Rollercoaster. https://t.co/6RUP8WZdFP
— Archie Rhind-Tutt (@archiert1) June 23, 2021
Jerman berada di ambang kegagalan -bakal mengulangi pencapaian buruknya pada tahun 1984, 2000 dan 2004. Pada edisi tersebut Jerman tersingkir seaawal peringkat kumpulan.
Pasukan bimbingan Joechim Low menampilkan prestasi turun-naik gagal mengulangi kecerlangan yang dilakukan ketika membedal Portugal pada perlawanan sebelumnya.
Low melakukan double subtitution pada 8 minit terakhir bagi mencari peluang menjaringkan gol dan lolos ke peringkat seterusnya.
2 minit selepas itu pemain gantian, Leon Goretzska menjadi penyelamat maruah semi-finalis 2012 dan 2016 itu. Percubaan dari garisan kotak penalti melonjakan Jerman ke tempat ke-2.
Leon Goretzka's equaliser means Germany are now second in Group F as things stand!
Portugal would go through in third and Hungary would be out.
England would face Germany at Wembley in the last-16.
📲💻 Watch live on the BBC#bbceuro2020 #GERHUN #PORFRA
— BBC Sport (@BBCSport) June 23, 2021
2 pasukan dari kumpulan maut ini bakal mendapat ‘perlawanan maut’ di pusingan ke-2, Jerman akan bertemu pasukan paling popular di dunia England dan Portugal akan bertemu pasukan nombor 1 dunia iaitu Belgium.
Jerman menampilkan aksi yoyo sepanjang 3 perlawanan di peringkat kumpulan namun jika mereka berjaya mengulangi prestasi ketika bertemu Portugal, England bukanlah lawan yang sukar -hanya menjaringkan 2 gol di peringkat kumpulan.
Pemain terbaik: Joshua Kimmich (Jerman)
Aksi Mahadewa Wingback Jerman
Jerman bangkit dari kekalahan (lawan Perancis) apabila berjaya menewaskan Potugal dengan jaringan besar.
Kejayaan Jerman banyak disumbangkan oleh aksi luarbiasa Robin Gosens dan Joshua Kimmich.
Jika tidak kerana 1 gol yang dibatalkan, kemenangan Jerman menjadi lebih besar.
Sebelum perlawanan bekas pemain kebangsaan Jerman telah menjelaskan kenapa pasukan itu perlu meneruskan formasi yang digunakan oleh Joechim Low sebelum ini.
“Saya rasa Joechim Low tahu kami memiliki midfielder center yang kuat. Kami mempunyai lebihan pemain terbaik di bahagian itu,”
“Sebab itu dia mengalihkan Joshua Kimmich ke wingback kanan, kerana dia juga mampu menjaringan gol.” -kata Michael Ballack sebelum perlawanan
1. Aksi cemerlang Wingback Jerman -Kimmich/Gossens
Plot twist berlaku pada 20 minit pertama. Portugal dan Jerman bermula dengan permainan berhati-hati pada 5 minit awal.
Jerman secara tiba-tiba meningkatkan tempo permainan di tahap maksima.
Anak buah Joechim Low bertubi-tubi menyerang kotak penalti Portugal sehingga pemain barisan pertahanan mereka lelah.
Jerman membuka jaringan pada minit ke-8 melalui hantaran cantik dari Joshua Kimmich di sebelah kanan yang disudahi oleh Robin Gosens di sebelah kiri.
Jaringan tersebut boleh disenaraikan antara gol tercantik kejohanan, namun dibatalkan oleh pengadil kerana pemain Jerman terlebih dahulu berada dalam keadaan offside.
Sebelum hantaran dilakukan oleh Joshua Kimmich, VAR juga mengesan bola sudah terkena tangan Thomas Muller terlebih dahulu.
Jerman terus menekan dan mencipta peluang. Giliran Toni Kroos menguji gawang Portugal namun cubaannya tersasar.
Ketika Jerman menguasai keseluruhan permainan melalui serangan, Portugal muncul pasukan pertama menjaringkan gol.
Hantaran bijak dari Bernardo Silva membelah benteng pertahanan Jerman yang dikemudikan oleh Mats Hummels.
Sentuhan pertama dari Diego Jota meletakkannya berada dalam posisi terbaik hanya berdepan dengan penjaga gol Jerman, Manuel Neuer.
Jota memilih untuk menghantar bola kepada Cristiano Ronaldo yang mempunyai ruang lebih besar untuk menjaringkan gol.
Mudah untuk Ronaldo menolak masuk bola ke dalam gawang Jerman dan memberi gol pendahuluan pada minit ke-15 kepada Portugal. (1-0)
Selepas jaringan tersebut permainan kembali seimbang dan Portugal mendapat semula kenyakinan untuk menguasai bola.
Minit ke-35 Jerman berjaya membalas dendam dengan keputusan pengadil yang membatalkan jaringan pertama mereka.
Sekali lagi bermula dari Kimmich yang menyilang bola dari sebelah kanan berjaya di first timer kan oleh Gosens.
Bola fisrt timer dari Gosens berjaya disentuh oleh Kai Havertz dan terkena kaki Ruben Dias. Bola biasan kakinya terus menewaskan penjaga gol Portugal, Rui Patricio. (1-1)
Tidak terhenti disitu, kekuatan wingback Jerman sekali lagi menjelma. Buat kali ke-2 Gosens dan Kimmich menjadi antara pemain yang terlibat untuk jaringan ke-2 Jerman.
Sentuhan akhir dari Kimmich terkena kaki Raphael Guerreiro dan mengubah laluan bola menuju ke dalam gawangnya sendiri. (1-2).
Babak pertama berakhir dengan Jerman mendahului 2-1 disamping 1 gol cantik yang tidak dikira.
“Walaupun mendahului, Portugal tidak dapat menghentikan dominasi serangan lawan. Jerman mencipta lebih peluang dan lebih menguasai bola,”
“Portugal cuba bermain secara serangan balas tetapi hanya sedikit berjaya melalui jaringan (Ronaldo).” -ulas Nuno Gomes, bekas finalis Portugal 2004 pada separuh masa pertama
2. Wingback Jerman terus cemerlang
Tempo awal babak ke-2 agak sederhana tetapi Jerman berjaya mendapat jaringan ke-3 pada minit 51.
Gerakan secara berpasukan yang bermula dari sebelah kanan singgah ke kaki Gosens dan wingback kiri itu melakukan hantaran ke dalam kotak 6 ela.
Kai Havertz meluru dan mudah untuknya menolak bola ke dalam jaring ketika Patricio sudah tertewas. (1-3)
Pertahanan Portugal terus diayamkan oleh aksi mahadewa wingback Jerman. Gosens menjaringkn gol ke-4 Jerman selepas menerima hantaran silang dari Kimmich.
Tandukan pada minit ke-60 darinya tidak dicabar dan mudah menewaskan Patricio. Joechim Low merehatkan Gosens selepas jaringan tersebut. (2-4)
9 minit selepas itu giliran Kimmich dikeluarkan oleh Joechim Low untuk memberi rehat kepadanya selepas Jerman sudah selesa mendahului Portugal.
Portugal merapatan margin apabila Diego Jota menjaringkan gol pada minit ke-67.
Gol berpunca dari sepakan percuma di sebelah kiri, Ronaldo meloloskan diri untuk menyilang bola yang hampir keluar dan disambar oleh Jota.
Memasuki minit ke-70 perlawanan berada dalam tempo sederhana ketika Jerman dilihat selesa dengan keputusan tersebut dan Portugal sudah berputus asa.