6 Pemain Sebelum Kelahiran Trent Alexander-Arnord

Ki-Jana Hoever seorang pertahanan kanan yang berada dalam skuad B-18 Liverpool.

Pada musim ini beliau telah tampil sebanyak 3 (1) kali bersama skuad utama dan menjaringkan 1 gol. Kesemuanya dalam pertandingan piala.

Pemain ini dijangka sukar menjadi pemain utama di skuad utama selagi Trent Alexander-Arnord kekal.

Alexander-Arnord itu sendiri menjadi subjek yang jarang berlaku, seorang pemain dari akademi berjaya menjadi pemain utama kelab.

Tidak ramai pemain akademi berjaya menembusi skuad utama dan menjadi pemain penting.

Alexander-Arnold boleh menyertai Steven Gerard, Jamie Carragher dan Michael Owen jika beliau terus kekal baik dalam tempoh 6-10 musim lagi.

Siapakah pertahanan kanan sebelum kelahiran pemain ini, berapa banyak mereka bermain dan dari mana mereka datang?

Mulakan dengan Alexander-Arnord.

Trent Alexander-Arnord

113 (14) penampilan, 6 gol

Mula menembusi skuad utama pada musim ke-2 Jurgen Kloop di Anfield. Diberi kepercayaan bermain 12 kali ketika berusia 18 tahun, 7 kali darinya turun sebagai pemain kesebelasan utama.

Pemain tunggal dalam kesebelasan utama yang lahir dari akademi kelab

Beliau terus meningkat dengan membuat  32 (3) penampilan pada musim seterusnya dan menjaringkan 3 gol.

Berjaya mengenepikan Nathaniel Clyne secara total dengan tampil sebanyak 74 (6) kali pada 2 musim terakhir.

Nathaniel Clyne

96 (7) penampilan, 2 gol

Nathaniel Clyne tiba pada Julai 2015, ia adalah musim pertama Jurgen Klopp di Anfield.

Beliau dibeli dari Southampton dengan harga € 17.7 juta dan terus dijadikam pertahanan kanan utama pasukan menggantikan Glenn Johnson.

Hanya sempat menjadi pemain penting selama 2 musim dek kerana perkembangan baik ditunjukkan Arnord

Pada 2 musim pertamanya beliau bermain sebanyak 92 (1) kali dan menjaringkan 2 gol. Namun ‘kelahiran’ Alexander-Trent yang mempunyai kemampuan lebih daripadanya mengurangkan peranan Clyne.

Alexander-Trent menawarkan lebih kemampuan dalam bentuk bantuan jaringan dan gol. Clyne hanya tampil 4 (6) pada 2 musim seterusnya.

Jika Ki-Jana Hoever adalah pemain simpanan kepada Alexander-Trent, ketika era Clyne, Connor Randall yang juga pemain dari akademi bertindak sebagai pemain simpanan.

Randall sempat diberi peluang bermain sebanyak 7 (1) kali.

Glenn Johnson

201 (9) penampilan, 9 gol

Pada musim terakhir Rafa Benitez -2009/10- Glenn Johnson datang dari Portsmouth dengan nilai perpindahan € 20.5 juta. Lebih mahal dari Clyne.

Namun pemain ini lebih baik dari beliau, menjadi pertahanan kanan utama selama 5 musim dari 6 musimnya di Anfield.

Johnson mempunyai 5 musim efektif di Anfield

Ketika era Johnson terdapat 6 pemain yang bertindak sebagai pemain sokongan. Mereka terdiri dari Andre Wisdom, Jon Flanagan, Jack Robinson, Martin Kelly dan Stephen Darby dari akademi. Philip Degen dari Borussia Dortmund.

Tiada siapa mampu mengenepikan Johnson.

Hanya Kelly yang paling kerap digunakan dari senarai tersebut dengan 50 (12) penampilan bersama 1 gol.

Pemain ini akhirnya dijual kepada Crystal Palace dengan harga € 2 juta untuk memberi laluan kepada Javi Manquillo yang dipinjam masuk dari Atletico Madrid.

Alvaro Arbeloa

93 (5) penampilan, 2 gol

Kegagalan Jan Kroemkamp mencuri tempat memberi peluang kepada pertahanan sisi dari Sepanyol ini. Arbeloa juga datang La Liga seperti Kroemkamp dengan harga yang lebih murah.

Liverpool membayar € 6 juta untuk mendapatkan Kroemkamp dan hanya membayar € 3.9 juta bagi mendapatkan Arbeloa dari Deportivo La Coruna.

Salah seorang pemain dalam skaud Liverpool yang menewaskan Real Madrid 4-0 di Anfield

Walaupun lebih murah, Arbeloa mampu menjadi pemain utama selama 2 musim sementara itu Kroemkamp hanya bermain 8 (10) kali dalam tempoh yang sama.

Kroemkamp akhirnya dijual kepada PSV Eindhoven dengan potongan 50% dari harga beli iaitu € 3 juta. Arbeloa menuju ke kelab terbesar dunia, Real Madrid dan Liverpool seterusnya membeli Glenn Johnson.

Antonio Barragan, James Smith, Lee Peltier dan David Raven antara nama pemain bernama kecil yang berada di belakang Albeloa dan Kroemkamp.

Steve Finnan

134 (17) penampilan, 17 gol

Stephen Wright dan Jon Otsemobor mungkin mendapat peluang lebih awal dari Alexander-Trent untuk mencuri tempat di skuad utama. Namun beliau gagal melakukanya.

Gerard Houlleir membeli Steve Finnan dari Fulham (€5.25 juta), pada ketika itu pemain ini banyak bergandigan dengan John Arne Riise dibahagian sisi pertahanan Liverpool.

Vegard Heggem yang dibeli dengan harga mahal (€5.2 juta) hanya sempat mempunyai 1 musim cemerlang. Heggem menjadi pemain yang gagal menepati tanda harganya.

Steve Stounton yang membuat kemunculan ke-2 di Anfield juga bertindak agak baik sebagai pemain simpanan walaupun usianya menghampiri 40 tahun.

Rob Jones

241 (2) penampilan, 0 gol

Rob Jones mempunyai 2 posisi efektif, beliau boleh bermain di kedua-dua sisi pertahanan. Pada 3 musim pertamanya beliau bertindak di sebelah kiri dan memberi laluan kepada Steve Nicol.

Jones mempunyai penampilan paling banyak di pertahanan sisi era Premier League dengan 241(2) penampilan.

Pemain ini tiba dari Crewe Alexandra dengan nilai € 450 ribu pada musim pertama Premier League, kelab yang membawa nama Danny Murphy dan Bruce Grobbelaar ke Anfield.

Steve Nicol

441 (17) penampilan, 45 jaringan

Steve Nicol merupakan pemain era Ian Rush, Ronny Whelan, Bruce Grobbelaar dan Jan Molby.

Beliau hanya sempat bermain liga di bawah nama Premeir League selama 4 musim, 3 musim dibawah Graeme Souness.

Sepanjang tempoh itu beliau sempat beraksi sebanyak 127(4) kali, lebih banyak dari Finnan dan Albeloa.

Rumusan

Sejak dari tahun 1992, 7 nama ini adalah pemain utama pertahanan kanan Liverpool. Ada diantara mereka boleh bermain di 2 posisi secara efektif, sama bagus seperti Riise dan Jones.

Alexander-Arnord merupakan pemain kelahiran pertama dari akademi yang berjaya menjadi pemain utama kelab di posisi ini. Beliau boleh mengikuti jejak Carragher jika terus setia bersama kelab.

Mungkin juga boleh menjadi seperti Gerard jika boleh kekal berdaya saing selama 15 hingga 16 musim.

Otsemobor, Darby, Kelly, Robinson, Flanagan, Wisdom dan Randall antara pemain terawal dari akademi B-18, B-23 yang pernah diberi peluang bermain.

Namun Alexander-Trent yang pertama berjaya menembusinya.