Bagi memahami apa tugasan skuad bawah 19 tahun setiap negara kita perlu memahami kitaran jadual mereka terlebih dahulu.
Di rantau Asia Tenggara kita mempunyai kejohanan AFF, seterusnya kempen kelayakan Piala Asia, Piala Asia dan Piala Dunia.
Pada tahun ini kejohanan AFF akan menggunakan peraturan umur bawah 18 tahun membolehkan pemain dalam kumpulan ini layak bermain di kejohanan Asia bawah 19 tahun dan seterusnya Piala Dunia bawah 20 tahun.
Ini kitaran asas bagi kejohana bawah umur 18,19 dan 20 tahun. Membawa maksud setiap negara boleh membangunkan kumpulan pemain yang sama dalam tempoh 2-3 tahun.
Bermulanya kejohanan AFF pada Ogos lepas bermakna Malaysia sedang membuka buku baru bagi membina kumpulan pemain dalam tempoh 2 tahun lagi.
2 bulan selepas itu Malaysia menghadapi kelayakan Piala Asia. Malaysia sudah layak ke Uzbekistan.
Pada suku ke-4 tahun depan Malaysia akan mengharungi pusingan akhir Piala Asia yang menawarkan 4 slot ke Piala Dunia.
Piala Dunia b20 akan diadakan di Indonesia pada Mei 2021. Disitu akan selesailah satu kitaran bagi kejohanan bawah 18, 19 dan 20 tahun tadi.
Dalam 2 peringkat pertama iaitu Kejohanan AFF dan Kelayakan Piala Asia, Malaysia telah mendapat 11 perlawanan. Menang 8 dan kalah sebanyak 3 kali.
Menghasilkan 40 jaringan dan bolos 11.
30 pemain dipanggil oleh Brad Maloney bagi menggalas 2 cabaran tersebut.
13 pemain dari Akademi Mokhtar Dahari (AMD) dan 17 pemain pelapis dari pasukan Liga Super dan Liga Perdana. 10,536 minit diperolehi oleh Malaysia bagi membangunkan pemainnya dan 27/30 pemain berjaya mendapat pendedahan itu.
6.270 minit meliputi 60% berjaya diambil oleh 13 pelatih AMD dan 4,266 minit menjadi milik pemain pelapis Liga M.
Ternyata program NFDP melalui AMD menjadi aset penting bagi skuad junior negara yang akan mengharungi cabaran 2019-2021.
Bagaimana skuad ini boleh digambarkan?
Ini merupakan pemain yang paling kerap digunakan. 6 pemain dari AMD menjadi tunjang pasukan Malaysia dan 4 darinya dalam kategori pemain yang sangat penting.
Trio bertahan merupakan pertahanan AMD, 2 pemain tengah dan penyerang tengah utama juga datang dari Akademi ini.
Pelatih dari skuad junior PKNP dan TERENGGANU mencuri tumpuan apabila berjaya menembusi skuad dan menjadi pemain pilihan Maloney.
Diantara kejohanan AFF dan kelayakan Piala Asia, Maloney melakukan 7 perubahan dari skuad 23 negara. 16 kekal dalam perancangannya.
Ketika Malaysia akan berkunjung ke Uzbekistan pada tahun hadapan sudah pasti akan terdapat beberapa rombakan di dalam skuadnya tetapi 5 pemain ini perlu dipantau perkembangannya mereka.
- Luqman Hakim Samsudin
- Harith Haiqal Afkar
- Umar Hakeem Suhar
- Mukhairi Ajmal Mahadi
- Azrin Afiq Rusmini
Azam Azmi dan Muslihin Atiq juga diharap dapat berkembang dengan baik dalam tempoh setahun bagi merealisasikan impian yang lebih besar seperti yang sering ditanam oleh bekas Pengarah NFDP…
…bermain di Piala Dunia.