BLACKPINK Beraksi Di Malaysia Mac 2023

Kumpulan kpop wanita paling berpengaruh di dunia BLACKPINK akan mengadakan kemunculan semula yang ditunggu-tunggu bulan depan pada bulan Ogos!

Ianya selepas sekian lama mereka berehat daripada arena muzik untuk projek solo.

Kumpulan ini dianggotai 4 gadis dari pelbagai negara. Mereka ialah Kim Jennie, Kim Jisoo, Rose dan Lalisa Monoban.

Dianggap kumpulan Kpop wanita paling sensasi sepanjang zaman selepas melakukan debut pada 2016.

Mereka telah banyak meraih kejayaan di dalam Korea dan di peringkat global. Menjadi jenama yang sangat gah.

Bukan itu sahaja, kumpulan K-pop sensasi itu sebelum ini mengadakan konsert pertama mereka di Malaysia pada 2019 di Stadium Malawati, Shah Alam.

Dan mereka akan kembali semula ke Kuala Lumpur pada Mac 2023.

Menurut TwentyTwo13, BLACKPINK akan mengadakan konsert mereka di sini pada Mac 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil! Laman web yang sama melaporkan bahawa konsert yang akan datang itu akan menjadi sebahagian daripada “jelajah dunia terbesar dalam sejarah kumpulan gadis K-pop” kumpulan itu.

Jadi ini adalah peluang untuk Blink dari seluruh Malaysia hadir bertemu dengan 4 gadis sensasi tersebut.

Mereka akan beraksi di stadium dengan kapasiti terbesar di Asia Tenggara.

Namun buat masa ini masih belum ada maklumat lanjut lagi tentang perkara ini.

Baca yang lain