63 Kereta Terlibat Dalam Satu Kemalangan

Dilaporkan 63 buah kenderaaan terlibat dalam satu kemalangan di Interstate 64, Virginia pada Ahad lalu.

Ramai yang cedera dan laluan lebuhraya yang terlibat terpaksa ditutup.

Korang bayangkan tengah drive di lebuhraya, memang la laju, tiba tiba ada kereta di depan korang dalam keadaan korang tak nampak apa pun tadi.

Menurut Polis Virginia, kemalangan berantai itu bermula pada 7.50 pagi di lebuhraya Queens Creek.

Puncanya adalah, kabus yang sangat tebal pada ketika itu dan jambatan di situ pula licin kerana berais.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkana. Seramai 35 orang dikejarkan ke hospital dalam insiden yang disifatkan ancaman nyawa minor.

Ianya mengambil masa hampir 7 jam untuk insiden tersebut dileraikan sepenuhnya.

Jabatan Metereologi menjelaskan ketidakseimbangan suhu di tempat tersebut dengan suhu di kawasan berhampiran telah menyebabkan kabus tebal itu berlaku.

Baca yang lain