[VIDEO] Malang Sarr Melakukan Jaringan Sendiri Paling Malang Dalam Sejarah Karier

Pertahanan AS Monaco, Malang Sarr pastinya telah menarik perhatian kelab asalnya Chelsea, tetapi tidak seperti yang dia inginkan.

Malang Sarr dipinjamkan ke AS Monaco untuk membangunkan dirinya dan menarik perhatian Chelsea.

Pemain pertahanan tengah itu berpindah ke Stamford Bridge pada 2020 tetapi telah menghabiskan banyak masanya di kelab itu secara pinjaman dengan pemain berusia 23 tahun itu menghabiskan penggal ini bersama kelab Perancis Monaco.

Namun Malang Sarr melakukan salah satu jaringan sendiri paling malang dalam sejarah Liga Europa.

Penjaga gol AS Monaco, Alexander Nubel cuba menghantar bola. Malangnya, Malang Sarr berada di tempat yang salah pada masa yang salah kerana bola terkena padanya dan masuk ke dalam jaring

Sarr kelihatan malu selepas melihat bola menerjah gawang mereka sendiri.

Sarr telah bergelut musim ini untuk pasukan Ligue 1 tetapi dipilih untuk memulakan aksi sebagai kesebelasan utama dalam aksi Liga Europa di Tranzonspor.

Segala-galanya berjalan lancar untuk pemain pertahanan itu sehingga dia menjaringkan gol sendiri paling pelik dan dianggap paling malang yang pernah dilihat oleh ramai peminat bola sepak.

Keadaan menjadi lebih buruk untuk Monaco juga, apabila mereka tewas 4-0 di Turki, menyaksikan mereka jatuh ke tempat ketiga berdasarkan perbezaan gol selepas kemenangan dicapai Trabzonspor.

Semoga bos Chelsea, Graham Potter tidak mengambil serius perkara ini. Kerana ianya cuma satu peristiwa malang yang menimpa Malang Sarr.

Saksikan detik malang Malang Sarr di sini:

Ada juga yang berpendapat bahawa, Sarr tidak melakukan sebarang kesalahan dalam gol tersebut. Sebaliknya Nubel yang menghantar bola tanpa lebih waspada.

Malang Sarr telah menjadi salah seorang pemain yang dianggap bakal pengganti kepada pertahanan veteran Chelsea yang sedia ada. Namun jelas sekali pemain itu masih perlu melakukan kerja lebih keras untuk mencapainya.

Baca yang lain