7.04 Billion Tontonan, RM21.5 Juta Pendapatan, Baby Shark Kini Video Paling Laku Keras Di YouTube Atasi Despacito

‘Baby Shark’, lagu kanak-kanak yang dirakam oleh Pinkfong, sebuah syarikat dari Korea Selatan, kini secara rasmi menjadi video yang paling banyak ditonton di YouTube.

Walaupun Korean Wave menghasilkan banyak video Kpop yang berjaya, termasuk Gangnam Style, tapi tolong tepi sikit, kerana produk terbaik mereka ketika ini di YouTube adalah Baby Shark!.

Lagu ini telah dimainkan sebanyak 7.04 bilion kali, mengatasi rekod sebelumnya yang dipegang oleh Despacito oleh Luis Fonsi.

Sekiranya lagu ini dimainkan tanpa henti dalam satu putaran berulang mengikut jumlah tontonan, maka ia sudah mengambil masa selama 30,187 tahun.

Pinkfong telah memperoleh keuntungan sekitar $5.2 juta ataupun sekiar RM21.5 juta daripada  dari YouTube.

Baby Shark mengambil masa empat tahun untuk mencapai tangga teratas YouTube yang paling banyak dimainkan, walaupun sebenarnya ia sudah wujud lebih lama daripada itu.

Lagu ini dilaporkan sebenarnya berasal dari kem musim panas Amerika Syarikat pada tahun 1970-an.

Satu lagi teori menyatakan lagu ini dicipta pada tahun 1975, ketika filem Jaws oleh  Steven Spielberg menjadi hits di box office.

Terdapat juga versi antarabangsa – termasuk lagu Bebe Requin dari Perancis dan Kleiner Hai (yu kecil) dari Jerman, serta Bayi Yu dalam BM pun ada.

Tetapi tidak ada yang dapat menandingi kejayaan Pinkfong. Lagu yang dinyanyikan oleh budak lelaki Korea-Amerika berusia 10 tahun, Hope Segoine, dimuat naik ke YouTube pada tahun 2015.

Tarian bergerak dan lirik “doo doo doo doo doo doo” adalah ketagihan dan telah menjadi popular di Korea Selatan.

Malah, kumpulan muzik seperti Red Velvet, Girls ‘Generation dan Blackpink pernah menarikannya dalam konsert mereka.

Pada bulan Jun berikutnya, Pinkfong melancarkan video kedua, berjudul Baby Shark Dance, yang memaparkan dua anak comel melakukan tarian yang sangat catchy.

Video itu memberi inspirasi kepada hashtag viral #BabySharkChallenge sehingga menarik penyertaan bintang pop seperti Cardi B dan Josh Groban.

Ia kini menjadi lagu kanak kanak paling popular di dunia.

Berikut adalah senarai 10 video paling ditonton di YouTube ketika ini.

Syabas kepada Baby Shark dan korang dan anak anak korang yang pernah menyumbang kepada tontonannya.

Sumber: Insider

Baca yang lain