Mungkin ramai di antara anda yang tidak percaya bahawa ada penggodam yang berumur 5 tahun dan ditakuti di dunia ini.
Sebab bagi kita kanak kanak 5 tahun ni pasti sukar nak memahami dengan lebih mendalami isu komputer dan juga coding.
Bocah aja! kan?
Tetapi mereka benar beanar ada. Ada kanak kanak berusia 5 tahun yang berjaya menerobos sistem keselamatan syarikat teknologi terbesar di dunia, iaitu Microsoft.
Hebat bukan?
Berikut adalah 7 penggodam kanak kanak yang paling hebat dan ditakuti di dunia.
1. Kristoffer Von Hassel
Kristoffer von Hassel disahhkan sebagai penggodam termuda di dunia ketika ini. Namanya menjadi bualan ramai di alam dunia maya kerana berjaya menggodam sistem keselamatan Microsoft.
Kristoffer von Hassel bukan menggodam sebagai ‘black hacker’ — tetapi dia berjaya mencari dan mendedahkan kelemahan Microsoft.
Hasilnya, Kristoffer von Hassel dilantik sebagai salah seorang penyelidik keselamatan di syarikat teknologi gergasi, Microsoft Security Techcenter.
Kristoffer dapat memintas skrin pengesahan Xbox Live tanpa kata laluan dengan menekan kekunci space berulang kali dan masuk ke akaun ayahnya untuk bermain permainan dan menonton video dari YouTube dengan memasukkan mana mana password yang tak betul.
Sudah menjadi satu polisi oleh banyak syarikat teknologi hari ini, mereka akan menawarkan bonus kepada mereka yang mampu meretas keselamatan pada produk mereka.
Dalam kes Kristoffer von Hassel, dia ditawarkan pekerjaan terus.
2. Ruben Paul
Ketika berusia 9 tahun, Reuben Paul sudah menjadi penggodam paling terkenal.
Ini dilakukan kerana dia dapat mencuri pelbagai data dari telefon pintar Android dengan mudah. Beberapa perkara yang dapat dicurinya adalah kenalan, log panggilan, dan sebagainya hanya dalam 15 minit.
Pada masa ini, Reuben adalah CEO Prudent Games, sebuah syarikat yang pakar dalam mengembangkan permainan pendidikan.
Meet the CEO of Prudent Games, a 9-year-old Indian hacker, Ruben Paul. https://t.co/pbibFZclFF pic.twitter.com/H8sZ8CYsIZ
— Catch News (@CatchNews) November 6, 2015
Kecil kecil dah jadi CEO syarikat sendiri pulak tu.
3. Betsy Davies
Betsy Davies menjadi perhatian dunia ketika menunjukkan betapa mudahnya menggodam rangkaian WiFi.
Dalam video yang dipaparkan di laman hidemy*ss.com,laman tersebut meminta bantuan Besty kanak kanak Britain berusia 7 tahun – cara meretas rangkaian WiFi.
Betsy menunjukkan betapa bahayanya membuka rangkaian wifi secara umum di kawasan kejiranan korang.
Untuk melakukan ini, Betsy menyatakan dia hanya belajar denganmelihat tutorial di Youtube mengenai cara menggodam rangkaian.
Kemudian dia membuat titik akses palsu yang sering digunakan oleh penggodam untuk melihat atau memotong lalu lintas web atau apa yang biasa disebut Man-in-the-Middle (MITM).
4. CyFi
Tidak diketahui nama sebenarnya. Namun penggodam yang merupakan kanak kanak wanita ini dikenali sebagai CyFi.
Dia baru berusia 10 tahun ketika dia berjaya menggodam beberapa permainan iOS dan Android.
Semasa pertunjukan Defcon Kids pada tahun 2011, dia memberitahu penonton bahawa dia merasa bosan ketika bermain permainan yang memerlukan banyak masa untuk diselesaikan dan memikirkan untuk mencari jalan untuk menghindari mekanisme anti-cheat.
Kemudian dia melakukan sedikit muslihat rahsia sehingga dia dapat memasuki permainan tersebut dengan ‘cheat’.
5. Michael Calce
Ketika dia baru berusia 15 tahun, dia dapat melancarkan siri program penolakan perkhidmatan “Rivolta” yang membuatkan server down beberapa laman web terkenal seperti eBay, Amazon, Dell, E*trade dan CNN.
Projek Rivolta Calce juga berjaya membuatkan Yahoo juga ‘down’ pada ketika itu – di mana pada masa tu, Yahoo merupakan enjin carian utama di dunia.
Dianggarkan kesemua kerugian yang ditanggung oleh kesemua syarikat tersebut mencecah $1.7 billlion.
Michael Calce menjadi buruan FBI dan dikenakan 50 pertuduhan penggodaman. Oleh kerana dia masih dikira pesalah juvana, maka dia hanya dimasukkan ke dalam pusat pemulihan selama 8 bulan.
Michael Calce digelar “MafiaBoy” kerana tindakannya yang luar biasa itu. Dan kini dia bekerja dalam bidang keselamatan siber dan menjana pendapatan sehingga $7 juta setahun.
6. Jonathan James
Jonathan James, juga dikenali sebagai “C0mrade” dianggap hacker kanak kanak yang paling legend.
Ini selepas dia berjaya masuk ke A.S. Jabatan Pertahanan, Agensi Pengurangan Ancaman Pertahanan, NASA dan Pusat Penerbangan Angkasa Marshall ketika dia baru berusia 16 tahun.
Uniknya, semua perkara ini dilakukan untuk tujuan keseronokan semata-mata, tetapi keseronokan itu berakhir apabila dia didakwa melakukan pencurian identiti besar-besaran.
Kemudian ketika ditangkap dan direman, dan dia mengaku bersalah dan mengatakan bahawa dia telah melakukannya kerana dia bosan dan ingin membuktikan bahawa dia boleh melakukannya.
7. ACK! 3STX
ACK! 3STX adalah nama samaran penggodam Austria yang berumur 15 tahun dan dalam masa yang sangat singkat, dia telah menjadi salah satu penggodam terbaik menurut versi forum yang memberikan poin untuk setiap peretasan.
ACK! 3STX telah berjaya melanggar dan menggodam 259 laman web syarikat dalam masa kurang dari tiga bulan, angka ini meningkat lagi dalam beberapa bulan seterusnya.
Dan akhirnya dia ditangkap oleh polis Austria atas tindakannya.
Rujukan: Jalantikus