Kehadiran pemain import dalam Liga Malaysia tak dapat dinafikan antara faktor kemeriahan dan boleh menentukan konsistensi sesebuah pasukan kelab/negeri dalam Liga.
Selain ‘stok’ pemain dari negara latin seperti Brazil dan Argentina, benua Afrika juga salah satu pembekal terbaik kepada Liga M. Liberia contohnya antara stok laris dipasaran Liga M sejak tahun 2003-2020.
Episod kali ini kita berkongsi kisah 7 permata Liberia yang berjaya menyerlah sepanjang mereka beraksi di Liga Malaysia.
7 ‘awang’ Liberia ni jika dihitungkan telah menjaringkan 460 gol.
(Carta 1-7 dinilai berdasarkan rekod gol)
1. Patrick Ronaldinho Weah | 112 gol
Patrick merupakan pemain teratas dalam senarai ini berdasarkan statistik rekod jaringan.
Mula beraksi pada musim 2012 bersama Sime Darby, Patrick kemudian menyertai PKNS (4 musim), Selangor (2016), PDRM (2019) dan Sarawak United (2020).
Patrick mempunyai 2 musim secara konsisten meledak 20 gol keatas iaitu musim 2012 dan 2013.
Ratio jaringan Patrick bersama kelab/negeri,
Sime Darby (2012) – 24 gol
PKNS (2013-2015, 2017) – 60 gol
Selangor FA (2016) – 19 gol
PDRM FA (2019) – 6 gol
Sarawak United (2020) – 3 gol
Jumlah – 112 gol
2. Francis Forkey Doe | 100 gol
Walaupun pernah digelar pemain import kitar semula, jangan terkejut statistik Forkey Doe di Liga M. Doe ditempat ke-2 dengan koleksi 100 gol.
Doe juga merupakan pemenang kasut emas di Liga Super dan Liga Perdana.
Mula mewakili Terengganu FA juga pada 2012, prestasi Doe agak konsisten selaku pengempur pasukan.
Doe telah beraksi dengan 7 pasukan berbeza. Terengganu, Selangor, Kelantan, Negeri Sembilan, Felda United, Pahang dan Imigresen FC.
Ratio jaringan Doe untuk kelab/negeri,
Terengganu FA (2012) – 19 gol
Selangor FA (2013 dan 2017) – 23 gol
Kelantan FA (2014) – 13 gol
Negeri Sembilan FA (2015) – 19 gol
Felda United (2016) – 23 gol
Pahang FA (2018) – 3 gol
Imigresen FC (2020) – 0
Jumlah – 100 gol
3. Frank Seator | 82 gol
Frank Seator ibarat pencetus dikalangan pemain dari Liberia.
Seator pernah beraksi bersama 2 pasukan berbeza sepanjang karier di Malaysia. Bersama Perak dan Selangor.
Mula sertai Perak pada 2003 sehingga 2005 kemudian sertai Selangor pada musim 2008. Seator pernah menjadi penjaring terbanyak untuk Perak dan Selangor, 2004 untuk Perak dan 2008 untuk Selangor.
Beliau mempunyai koleksi 50 gol bersama Perak dan 32 gol bersama Selangor.
Ratio jaringan Seator untuk kelab/negeri,
Perak FA (2003) – 10 gol
Perak FA (2004) – 18 gol
Perak FA (2005) – 22 gol
Selangor FA (2008) – 32 gol
Jumlah – 82 gol
4. Josiah Seton | 47 gol
Pemain ini pernah mendapat jolokan ‘lembu gila’ ketika prime beliau.
Josiah mula beraksi pada musim 2002 bersama Sabah FA. Selain itu, Josiah pernah sertai Pahang FA.
Josiah bermula cemerlang di Liga Malaysia pada 2002 namun mengalami sedikit penurunan prestasi selepas itu. Josiah dibayangi kehebatan Robert Gaspar dan Keita Gumbs ketika itu. Era prime Sabah, 3 separuh akhir Piala Malaysia, 2 ke perlawanan akhir.
Pada musim 2005/2006, Josiah dilamar Pahang untuk slot kejohanan AFC. Di kancah domestik, Josiah berjaya merakam 9 gol untuk Pahang.
Ratio jaringan Josiah untuk kelab/negeri,
Sabah FA (2002) – 24 gol
Sabah FA (2003) – 7 gol
Sabah FA (2004) – 7 gol
Pahang FA (2006) – 9 gol
Jumlah – 47 gol
5. Kpah Sherman | 45 gol
Selain Patrick dan Forkey Doe, Kpah Sherman juga masih bermain di Liga Malaysia.
Kpah didatangkan ketika mid-season musim 2017, mula mewakili kelab MIFA yang kini dijenamakan PJ City FC. Kpah bersama MIFA selama 2 musim sebelum sertai PKNS FC dan kemudian menyertai Kedah FA musim ini.
Kpah merekodkan 25 gol sepanjang bersama MIFA dan 17 gol pula untuk PKNS. Kpah turut ditabalkan pemenang kasut emas Liga Super musim 2019.
Ratio jaringan Kpah untuk kelab/negeri,
MIFA FC (2017) – 7 gol
MIFA FC (2018) – 18 gol
PKNS FC (2019) – 17 gol
Kedah FA (2020) – 3 gol
Jumlah – 45 gol
6. Edward Junior Wilson | 40 gol
Edward mula beraksi pada musim 2014 untuk Felda United. Beliau membentuk gandingan berbisa bersama rakan senegara Zah Rahan dan Ndumba Makache ketika itu.
Edward memenangi kasut emas pada musim pertama bersama Felda, turut membantu Felda ke perlawanan akhir Piala FA dan separuh akhir Piala Malaysia.
Dalam saingan Liga, Edward membantu Felda naik ke Liga Super namun tewas perebutan takhta Liga ditangan PDRM dengan perbezaan 2 mata.
Sepanjang di Malaysia, Edward mewakili 2 pasukan, Felda United dan Perlis FA.
Fakta menarik pasal Edward Junior Wilson ni, beliau pernah memenangi kasut emas di Liga Indonesia dan Liga Malaysia.
Ratio jaringan Edward untuk kelab/negeri,
Felda United (2014) – 30 gol
Felda United (2015) – 5 gol
Perlis FA (2016) – 5 gol
Jumlah – 40 gol
7. Zah Rahan Krangar | 34 gol
Zah Rahan mungkin sedikit unik berbanding 6 pemain diatas. Walaupun bukan dari kategori sebagai penyerang utama, Zah Rahan mampu berada antara 7 pemain terbaik Liberia di Malaysia.
Zah lebih kepada ‘supporting role’. Boleh bermain penyerang kedua atau pemain tengah menyerang.
Zah Rahan juga mula sertai Felda sejak 2014 tetapi beliau kekal sebagai pemain penting ‘the fighters’ untuk 4 musim berturut turut.
Zah membentuk keserasian bersama Edward Junior Wilson pada 2014 dan Forkey Doe pada 2016 dimana kedua musim itu, Felda muncul naib juara Liga Perdana dan Liga Super. Beliau turut membantu Felda beraksi dikejohanan AFC Cup musim 2017.
Ratio jaringan Zah Rahan untuk kelab/negeri,
Felda United (2014) – 12 gol
Felda United (2015) – 5 gol
Felda United (2016) – 9 gol
Felda United (2017) – 8 gol
Jumlah – 34 gol
Rumusan
Nampaknya, import dari Liberia ketika ini boleh tahan rekod mereka di Liga Malaysia.
Ada beberapa lagi nama pemain Liberia pernah beraksi di Malaysia, tapi disenarai pendekkan, 7 pemain ini dipilih antara yang terbaik.
Kombinasi jaringan awang import Liberia ini telah merakam 460 gol sepanjang tempoh mereka di Liga Malaysia.
Info Penulis: Artikel ini tulisan Don K-Rul IZham, penganalisis bola sepak bebas. Ikuti beliau di: FACEBOOK