Conte – Moses Bergabung Semula, Mourinho Bengang Cara Inter Mahu Dapatkan Eriksen

Bintang tengah Denmark, Christian Eriksen telah lama dikaitkan dengan Inter Milan.

Dan kelab Serie A itu kini mengesahkan mereka sudah membuat tawaran rasmi kepada pemain Denmark itu.

Hal itu dinyatakan oleh Pengarah Sukan Inter Milan, iaitu Piero Ausilio.

Christian Eriksen telah memasuki enam bulan terakhir kontraknya di Spurs. Inter Milan dikatakan sebagai calon pilihan untuk mendapatkan khidmatnya.

Spekulasi itu lebih kencang apabila Ketua Pegawai Eksekutif Giuseppe Marotta dilihat berjumpa dengan ejen Eriksen.

Sementara Ausilio sebelum ini sudah menyatakan keyakinan diri yang bahawa Inter akan dapat menyelesaikan kesepakatan dengan Eriksen daripada Spurs.

Taktik perpindahan oleh Inter Milan itu tidak disenangi oleh Jose Mourinho. Ini kerana mereka terang-terangan berjumpa dengan wakil Christian Eriksen di khalayak.

The Special One menuduh kelab lamanya itu sebagai tidak menunjukkan rasa hormat kepada majikan semasa Christian Eriksen.

Mourinho menyatakan Inter sedang bercakap tentang pemain kelab lain yang masih belum rasmi menerima tawaran mereka.

Namun Inter menegaskan mereka tidak melakukan apa-apa yang kesalahan, dan mengingatkan Spurs, bahawa berhak untuk mengadakan perbincangan dengan pemain tengah itu, yang cuma ada baki kontrak semasa Eriksen ada enam bulan lagi.

Ausilio sebaliknya memberikan bayangan kepada Mourinho bahawa mereka sudah melakukan tawaran kepada Eriksen secara rasmi.

Bercakap kepada Sky Sport Italia, Ausilio berkata: “Kami hanya membuat tawaran rasmi kepada Tottenham untuk menandatangani Christian Eriksen dan kini kami menunggu jawapan mereka.”

Inter Milan perlu membayar yuran perpindahan sekiranya mereka mahu mendapatkan Eriksen pada Januari.

Dan mereka boleh mendapatkan pemain itu secara percuma sekiranya mereka mahu menunggu tak kontrak pemain itu tamat 6 bulan lagi.

“Banyak kelab berminat, tetapi kami yakin, kami akan berjaya mendapatkan pemain berkualiti seperti Eriksen.”

Moses Gabung Semula Dengan Conte, Bagaimana Situasi Giroud

Ausilio juga mendedahkan kelab itu telah mencapai persetujuan dengan Chelsea untuk mendapatkan Victor Moses. Ini selepas Frank Lampard mengesahkan perjanjian pinjaman pemain Nigeria dengan Fenerbahce telah ditamatkan atas persetujuan bersama.

Victor Moses dilaporkan meminta untuk menyertai Inter Milan bagi bergabung semula dengan Antonio Conte.

Pemain yang telah menjadi nadi penting dalam sistem permainan beliau ketika menguruskan Chelsea. Sebelum ini Inter Milan sudah mendapatkan seorang lagi pemain bek sayap, Ashley Young.

Selain daripada Victor Moses, seorang lagi pemain Chelsea iaitu Olivier Giroud, masih lagi dalam proses perbincangan dengan Inter Milan.

Ausilio sendiri mengesahkan hal itu. Beliau berkata: “Kami telah mencapai persetujuan dengan Chelsea untuk Victor Moses. Giroud adalah ‘kemungkinan’ — jika kita menjual seorang penyerang dalam pasaran perpindahan kali ini.”

Jika perpindahan Moses, Eriksen dan Giroud dapat diselesaikan maka Inter Milan kini sudah mendapatkan enam orang daripada Liga Perdana Inggeris dalam musim ini.

Ini selepas mereka mendapatkan Romelu Lukaku, Alexis Sanchez, dan yang terbaru, Ashley Young.

Inter Milan pertamanya serius mahu mencabar kejuaraan Liga musim ini pada musim pertama kendalian Antonio Conte.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di