Liverpool turun berhadapan dengan pasukan Wolves dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Molineux. Ianya perlawanan yang ke-24 untuk Wolves dan ke-23 untuk Liverpool.
Pada minit ke-8, kapten Liverpool, Jordan Henderson meletakkan The Reds di hadapan. Ianya berpunca dari sepakan penjuru Trent Alexander Arnold.
YESSSSSSSSSSSS!!!
HENDOOOOOOOOOOO!!!! pic.twitter.com/T1e9QBI8Hf
— Liverpool FC (@LFC) January 23, 2020
VAR mengesahkan gol itu, dan diberikan kepada Jordan Henderson. Liverpool mendahului tuan rumah dengan satu gol di hadapan.
Ianya tandukan yang sangat baik, ke near post menewaskan salah seorang penjaga gol terbaik di EPL, Rui Patricio.
Trent Alexander Arnold sekali lagi mencatatkan angka dua digit pada assist beliau. Dan sejak musim lalu, Trent Alexander Arnold sudah mencatatkan 22 bantuan gol kepada rakannya. 10 daripadanya adalah daripada sutuasi bola mati
22 – Since the start of last season, Trent Alexander-Arnold has assisted 22 @premierleague goals – at least five more than any other player – with 10 of those coming from dead balls, also a league-high. Delivery. #WOLLIV pic.twitter.com/dnQtY8UwQT
— OptaJoe (@OptaJoe) January 23, 2020
Tidak lama selepas itu, Liverpool diancam satu lagi situasi bola mati. Hantaran oleh Ruben Neves disambut oleh Doherty dalam keadaan beliau tidak ofsaid. Malangnya tandukan pemain itu tersasar.
Pemain baharu Liverpool, Takumi Minamino diberikan debut Liga Perdana Inggeris beliau yang pertama.
Minamino menggantikan Sadio Mane secara terus dari segi posisi. Tiada perubahan. Di mana beliau bermain di sayap kiri.
33' – We're forced into a change, as Minamino replaces Mane.
[0-1]#WOLLIV
— Liverpool FC (@LFC) January 23, 2020
Selepas beberapa peluang dicipta oleh Wolves, akhirnya Liverpool bolos jua. Satu serangan yang digerakkan oleh Adama Traore, disudahkan oleh Raul Jimenez. Ianya tandukan yang sangat baik.
Rekod tanpa bolos Liverpool sekian lama, akhirnya berakhir.
725 – Raúl Jiménez's goal has ended a run of 725 minutes without conceding a Premier League goal for Liverpool since Richarlison scored for Everton at Anfield exactly 50 days ago. Breached. #WOLLIV pic.twitter.com/MQVqTq1yBs
— OptaJoe (@OptaJoe) January 23, 2020
Molineux bergema dan keyakinan penyokong tuan rumah telah menaik mendadak.
Gol kemenangan Firmino
Aksi tumpuan pastinya gol oleh penyerang antarabangsa Brazil, Roberto Firmino.
Pada minit ke-84, Molineux bergema dengan sorakan penyokong pelawat. Mereka meraikan gol Roberto Firmino.
Sekali lagi Henderson memberikan sumbangannya dalam gol, dengan mencipta assist untuk gol tersebut. Mana lagi kau nak cari kapten kacak dan power macam ni.
Rekod unik Firmino dengan menjaringkan gol kesepuluh beliau, dan kesemuanya di away. Nak makan di luar saje.
He loves an away goal and Roberto Firmino has done it again!
His 10th goal of the season in all competitions and they've all come away from Anfield.
Wolves 1-2 Liverpool
LIVE: https://t.co/QqUVxX977W #WOLLIV #bbcfootball pic.twitter.com/2sg25IV1Yq
— Match of the Day (@BBCMOTD) January 23, 2020
Pda masa kecederaa Jota memiliki peluang keemasan di depan gol. Namun gagal menyudahkannya. Meroyan Nuno Espirito di bangku simpanan.
Perlawanan berakhir dengan kemenangan 2-1 memihak kepada Liverpool. Cemas juga game ni.
Jom tengok balik gol kemenangan oleh Si Senor:
Firmino terus menjadi nadi penting Liverpool. Beliau merupakan pemain yang menjadi asas penting kepada sistem permainan Liverpool.
Gol Firmino itu membantu Liverpool untuk terus mengekalkan jarak 16 mata daripada Manchester City yang berada di tangga kedua.
Liverpool masih ada satu perlawanan lagi di dalam tangan.
Liverpool selepas ini akan fokus dahulu kepada aksi Piala FA berhadapan Shrewsbury, dan diikuti oleh aksi berhadapan dengan pasukan David Moyes, West Ham United.
Korang boleh tengok highlight perlawanan di sini: