8 Aktres Korea Yang Sudah Mencapai Level Legenda

K-Drama ataupun K-Movie pada hari ini telah menempa banyak kejayaan secara global.

Malah filem Korea, Parasite menciota sejarah menjadi filem bahasa asing pertama yang memenangi Anugerah Filem Terbaik di Oscar.

Di sebalik kesuksesan mereka di arena antarabangsa, berikut 8 Aktres yang membantu menaikkan industri mereka dengan mendadak dan berada pada level legenda.

1. Kim Tae-Hee

Naskah terbaru isteri kepada Rain ini, Hi Bye, Mama! merupakan salah satu drama bersiri kekeluargaan yang menjadi hits.

Kim Tae-Hee kembali semula ke kaca tv selepas 5 tahun berehat.  Menguatkan semula hiatusnya di dalam arena hiburan Korea.

Kim mulai menjadi perhatian ramai selepas berlakon dalam drama Stairway To Heaven pada 2003.

Selepas itu, namanya terus kukuh dan menjadi salah seorang pelakon wanita paling berjaya di Korea.

2. Son Ye-jin

Seringkali dianggap agak malang kerana lahir pada era Song Hye-kyo. Hal ini kerana beliau seringkali tewas di tangan Hye-kyo dalam beberapa anugerah.

Namun Son Ye-jin tetap dianggap aktres yang berpengaruh di Korea dan membantu menaikkan industri mereka.

Naskah terbaru beliau adalah Pretty Noona Who Buys Me Food, Siri Netflix pada 2018 Netflix yang menempa Kegemilangan.

View this post on Instagram

HaHa👻 #bigisland

A post shared by 손예진 (@yejinhand) on

Selepas lima tahun berehat, Son Ye-jin berlakon dalam Crash Landing on You tahun ini bersama dengan balak baru dia Hyun Bin, yang mendapat sambutan hangat di seluruh dunia.

Kecomelan dan bakatnya satu ketika dahulu membuatkannya diberikan nama “Nation’s First Love” di Korea.

Son Ye-jin Seorang yang selektif dalam pemilihan watak file dan drama – membuatkannya sangat menghayati setiap watak yang dimainkannya.

Beliau juga menempa kegemilangan di Hong Kong, China dan Jepun.

3. Gong Hyo-jin

Drama terbaru daripada beliau adalah ‘When The Camellia Blooms’ pada 2019 dengan Kang Ha-neul. Digelar sebagai Queen of romcom (romantic comedy) di Korea sejak debutnya pada 1999.

Gong Hyo-jin dikenali dengam pemilihan watak yang tidak konvensional. Antara drama beliau yang cemerlang adalah ‘Thank You’ pada 2007, ‘Pasta’ pada 2010, ‘The Greatest Love’ pada 2011, dan ‘It’s Okay, That’s Love’ pada 2014.

4. Han Ji-min

Projek terakhir beliau adalah ‘One Spring Night’ pada 2019. Satu siri romantik melodrama Netflix bersama dengan Jung Hae-in.

Memulakan kariernya daripada watak sampingan pada awalnya. Namun melakukan breakout dalam siri kisah balas dendam Resurrection pada 2005. Beliau kemudian berjaya mendapatkan peranan utama dalam beberapa drama kelas A termasuk Rooftop Prince.

View this post on Instagram

. Golden dew✨🌟💍 . #골든듀

A post shared by Hanjimin (@roma.emo) on

Menguatkan namanya di China dan Jepun dan dianggap antara pelakon wanita paling berpengaruh di Korea.

5. Song Hye-kyo

Bukan peminat K-Drama la kalau tak tahu nama ni. Beliau terlibat Encounter pada 2018 dengan Park Bo-gum. Sebelum itu beliau berlakon dalam ‘Descendants of the Sun’ pada 2016,bersama dengan – kini dah jadi bekas suaminya – Song Joong-ki.

Hye-kyo mulai menempa nama pada awal 2000-an menerusi ‘Autumn in My Heart. Dan menguatkan lagi kegemilangannya menerusi Full House bersama nama Rain pada 2004.

Setiap sentuhannya akan bertukar menjadi emas. Lebih kurang begitulah gambaran kepada Song Hye-kyo yang dianggap sebagai Queen dalam eranya.

6. Ju Jin-hyun

Yea, inilah dia Sassy Girl korang dulu. Di mana Ju Jin-hyun mulai menempa nama daripada My Sassy Girl pada 2001. Dan terus meningkat naik namanya.

Drama terbarunya adalah ‘Kingdom’, di mana dia hanya membuat cameo, yang dianggap hint bahawa dia akan membuat penampilan semula / comeback. Pada 2016, Jin-hyun berlakon dalam’Legend of the Blue Sea’ serta ‘My Love From The Star’ pada 2013, yang telah menempa kegemilangan di peringkat global.

Selain berlako, Jin-hyun antara wajah paling laku untuk menjadi muka depan majalah fesyen termasuk Vogue di AS.

7. Ha Ji-won

Drama terkini beliau adalah  ‘Hospital Ship’ pada 2017 dan ‘Chocolate’ pada 2019.

Antara drama popular beliau adalah ‘Secret Garden’ pada 2010 bersama dengan Hyun Bin, yang melonjakkan namanya di Korea dan di negara lain.

Pelakon yang serba boleh, termasuk boleh berlakon dalam drama thriller.

8. Shin Min-ah

Projek terkini beliau adalah ‘Tomorrow With You’ pada 2017 dan ‘Chief of Staff’ pada 2019.

View this post on Instagram

@chanel.beauty.korea @cosmopolitankorea 💄

A post shared by Shinmina (@illusomina) on

Shin Min-ah antara pelakon yang berjaya mendapat drama yang padu di dalam kariernya dan memainkan peranannya dengan baik. Ini termasuk A Love to Kill (2005), My Girlfriend Is a Nine-Tailed Fox (2010), Arang and the Magistrate (2012), Oh My Venus (2015), dan Tomorrow, With You (2017).

Baca yang lain