8 Filem Ma Dong Seok Yang Syok Ditonton

Aktor Ma Dong Seok pada hari ini telah menjadi nama besar di Korea dan sudah bersedia untuk ke Hollywood. Di mana beliau akan menjadi “The Eternals,”  dalam filem adiwira Marvel yang akan datang yang turut menampilkan bintang sensasi seperti Angelina Jolie, Richard Madden, Salma Hayek, dan Kit Harington.

Ma Dong Seok yang juga dikenali sebagai Don Lee merupakan pelakon aksi dan juga komedi. Watak yang beliau bawakan selalunya memberikan kesan dan digemari.

Jadi, berikut 8 filem yang boleh korang tengok untuk berkenalan lebih lagi dengan pelakon ini.

1) The Chronicles of Evil

Dalam filem ini Ma berlakon sebagai watak pembantu. Namun memberikan impak sangat besar bersama dengan Son Hyun Joo (Tazza) dan Park Seo Joon (The Divine Fury).

Mengisahkan seorang detektif polis yang hebat tetapi dia telah membunuh seorang pemandu teksi kerana mempertahankan diri.

Dia kemudian cuba menutup kesalahan dirinya.

2) Train to Busan

Filem yang sangat popular. Sekali lagi Ma Dong Seok memainkan peranannya yang sangat penting sebagai pembantu kepada Gong Yoo (Goblin) dan Choi Woo Sik (Parasite).

Filem yang mengisahkan sebuah bandar diserangan wabak yang membuat manusia menjadi zombi.

Lalu kesemua penumpang dalam tren cuba untuk sampai ke destinasi Busan untuk menyelamatkan diri.

Flilem ini memang sarat dengan aksi mendebarkan.

3) Derailed

Walaupun dia memainkan peranan seorang lelaki yang baik dan memiliki aura yang padu dan juga seorang yang kuat, Ma Dong Seok di sini ada sisi yang membuatkannya rapuh.

Filem ini dibintangi Choi Minho (Ilang: The Wolf Brigade) – sebagai remaja bermasalah yang melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk bertahan hidup.

Ketika dia menghantar teman wanitanya untuk menipu watak Ma, keadaan menjadi serba salah kerana lelaki yang sukar berusaha menimbulkan rasa takut pada remaja.

Walaupun filem ini bukan yang paling menakjubkan dalam kariernya, filem ini tetap gelap dan penuh emosi yang akan dinikmati peminat. Lakonan Ma tidak kurang sempurna kerana dia menangani dualitas wataknya dengan menahan diri dan berhati-hati.

4) Along with the Gods: The Last 49 Days

Ma Dong Seok membuat penampilan khas dalam salah satu francais yang berpengaruh ini.

Di sini beliau menjadi Dewa Rumah Tangga yang telah mengganggu tugas Dewa Maut. Hanya kerana dia kasihan kepada seorang datuk yang menjaga cucunya.

Watak beliau seperti biasa, muka selamba, serius dan kelakar.

Ma Dong Seok kemudian membantu Haewonmak dan Deok Choon mencari memori mereka yang hilang – tentang bagaimana mereka boleh mati dahulu.

5) The Outlaws

Filem ini menjadi hits selepas ditayangkan pada 2017.  Filem yang berasaskan jenayah dan aksi diadaptasi daripada kisah benar pertempuran gangster Korea dengan China.

Kedua dua kumpulan kongsi gelap cuba menguasai Garibong di Seoul, yang turut dikenali sebagai Chinatown.

Ma memainkan peranan sebagai detektif Korea. Diberikan 10 hari untuk menyelesaikan masalah tersebut.

6) Unstoppable

Di Korea Selatan ada satu sindiket pemerdagangan manusia. Mereka ni turut menjual organ manusia.  Sindiket ini sangat sistematik.

Dong Chul dan isterinya ada masalah kewangan teruk. Dong Chul melabur duit simpanan mereka dalam satu skim perniagaan ketam raja. Namun kapal tersangkut dan isterinya mengesyaki suaminya telah ditipu.

Pada satu hari, mangsa kepada sindiket ini adalah isteri kepada Dong Chul lakonan Song Ji Hyo Running Man tu.

Dong Chul merupakan bekas gangster yang sudah insaf dan berubah menjadi lelaki baik hati.

Namun peristiwa itu memaksanya mengeluarkan sisi gelapnya.

Dia dibantu oleh rakannya, yang menyatakan bahawa, kali ini sindiket cari pasal dengan orang yang salah.

7) The Gangster, The Cop, The Devil

Filem ini mengisahkan bromance di antara kumpulan gangster dan pegawai polis. Mereka mencari seorang penjenayah psikopat yang kejam.

Oleh kerana kedua duanya mencari buruan yang sama, maka polis tersebut telah mencadangkan agar mereka bekerjasama.

Filem ini sangat bagus dan sarat dengan aksi. Sehinggakan produksi Sylvester Stallone di Hollywood bercadang nak membuat remake.

8) Champion

Seorang juara gusti lengan telah kembali ke Korea mencari keluarganya. Dia bertemu dengan seorang ibu tunggal anak dua, yang mengaku dirinya adik kepada Mark (Ma Dong Seok).

Mark dalam pada masa yang sama mahu berjaya dalam sukan gusti lengan. Suatu hari mendapat tahu bahawa perempuan itu bukan adiknya dan dia rasa ditipu kerana percaya mereka itu adalah keluarganya.

Hakikatnya perempuan itu telah diangkat menjadi keluarga oleh ibunya yang kasihan melihat dia kesusahan dengan dua orang anaknya.

Baca yang lain

Cafu: ‘Hanya Neymar Yang Ada Magis’

Cafu mempertahankan kualiti Neymar dengan menganggap dalam pasukan Brazil sekarang hanya beliau yang benar benar berkelas dunia. Cafu menganggap adalah tidak adil