8 Gerakan WWE Yang Bahaya Dan Diharamkan

Gusti WWE masih lagi sukan yang bahaya walaupun ia adalah hiburan dengan jalan cerita yang sudah dirancang.

Namun tidak semua yang mereka lakukan ketika rehearsal akan menjadi lancar.

Minggu ini WWE mengumumkan mereka mengharamkan gerakan Buckle Bomb selepas insiden melibatkan Nia Jax dan Kairi Sane.

Pengharaman ini bergantung kepada improvisasinya. Ada gerakan yang diharamkan terus kerana penggusti gagal untuk meyakinkan WWE ada cara lebih selamat melakukannya.

Ada gerakan diharamkan untuk beberapa ketika sehingga bertahun tahun, kemudian dibenarkan digunakan kembali dengan alasan ia selamat dilakukan dengan improvisasi pada gerakan.

Finn Balor dan Sting antara penggusti yang mendapat kecederaan serius kerana gerakan daripada Seth Rollins.

Berikut 8 gerakan WWE yang bahaya yang pernah diharamkan.

1. The Punt

Gerakan ini diharamkan selepas beberapa siri aksi oleh Randy Orton menyebabkan penggusti lain dalam risiko concussion yang teruk.

The Viper sebenarnya tidaklah dengan sengaja merembat kepala lawannya dengan boot. Namun di atas ring, lawan mereka berada dalam kedudukan yang sedikit lari timing dan berisiko terkena gegaran kuat.

Ini adalah aksi The Viper ketika merembat Sheamus dengan gerakan The Punts.

 

2. The Pedigree

Gerakan asal Pedigree ciptaan Tripple H ini sebenarnya sudah diharamkan. Dan pada hari ini Seth Rollins kerap menggunakannya.

Tetapi ia tak sama dengan The Pedigree oleh Tripple H dulu.

Gerakan asal oleh Tripple H menyebabkan beberapa insiden di mana penggusti terkena impak yang teruk terutama sekali boleh menyebabkan patah tengkuk.

Selepas itu gerakan ini diperbaiki di mana penggusti perlu melepaskan tangan lawan mereka sebelum membenamkan mereka ke atas permukaan gelanggang.

3. The Vertebreaker

Shane Helms adalah penggusti yang memahsyurkan gerakan ini di WWE dan WCW. Ia gerakan sangat kontroversi dalam sejarah pro wrestling.

Goliath.com menulis, ianya memerlukan ‘perfect timing’ untuk mengelakkan lawan daripada cedera. Namun risiko kecederaan sangat tinggi, kerana tidak ada ruang untuk penggusti melakukan walaupun sedikit kesilapan.

Gerakan ini masih lagi diharamkan. Namun ramai peminat gusti meminta ia dikembalikan semula. Namun sangat sukar untuk ia kembali. Sebab memang sangat tinggi risiko tengkuk patah. Boleh mati tu.

 

4. The Burning Hammer

Tyler Reks dianggap pelopor gerakan ini di WWE. Namun beliau dengan rendah hati menyatakan beliau mengambilnya daripada pro wrestling di Jepun.

Menjadikan Tyler Reks dianggap ramai pemerhati telah memiliki submission yang paling bahaya dalam sejarah.

Dalam satu pertarungan, John Cena enggan melakukannya bersama Reks dan membuatkannya terpaksa digantikan. Ini kerana ia sangat berisiko.

5. Piledriver

Piledriver ni ada beberapa versi. Namun hanya satu yang dibenarkan ialah versi Thombstone oleh The Undertaker.

Boleh dikatakan hanya Undertaker yang dibenarkan kerana dia tahu melakukannya dengan selamat.

Namun beberapa dekad lalu, Taker pernah cuak merasakan dia sudah membunuh Hulk Hogan selepas penggusti itu menyatakan dia cedera kerana gerakan itu.

Ternyata Hogan menipu ketika itu. Membuatkan Taker lega.

Walaubagaimanapun, Taker tidak banyak menggunakan gerakan ini sejak beberapa tahun ini.

Hal ini kerana sukar untuk mencapai persetujuan dengan lawannya.

6. The Brainbuster

Ini adalah versi suplex yang bahaya. Dengar nama pun dah ganas.

Ianya mirip kepada vertical suplex. Namun penggusti yang melakukan vertical suplex akan memastikan badan lawan mereka tegak dan menghempaskan mereka pada bahagian belakang.

Lihat aksi vertical suplex di sini, banyak juga aksi seluk spender, yang penting selamat:

Kembali kepada Brainbuster yang digemari AJ Styles, ia gerakan yang dilakukan pantas dengan lawan mereka dihempas dalam kedudukan tengkuk dan kepala yang terjunam dahulu.

Gerakan ini masih diharamkan kerana ianya terlalu bahaya.

7. Chair shots to the head

Salah satu gerakan yang paling digemari dalam gusti klasik. Namun pada era moden ianya sudah dimansuhkan.

Body shots dengan kerusi masih dibenarkan, namun bukan shots dekat kepala. Alasannya jelas, gerakan ini terlalu bahaya dan boleh menyebabkan concussion/gegaran otak.

8. Buckle Bomb

Seperti yang dinyatakan di atas, Buckle Bomb termasuk dalam senarai baru. Ini selepas insiden baru baru ini melibatkan Nia Jax dan Kairi Sane.

Sampai meraung kawan tu kena.

Kegagalan melakukan gerakan ini dengan betul membuatkan penggusti terdedah kepada risiko cedera tulang belakang.

Sembang pasal Buckle Bomb pastinya Seth Rollins la terus keluar dalam kepala.

PERHATIAN!

Sempena meraikan ulangtahun kejayaan LIVERPOOL memenangi UCL tahun lepas, kami lancarkan buku yang merakam sejarah paling manis buat kelab yang akan menang EPL tak berapa lama lagi dah ni.

Buku ini adalah debut daripada Axello Tacts:

Kalau nak beli, boleh buat kat sini: https://bit.ly/liverpoolmahkotaeropah

Baca yang lain