Joselu meninggalkan Newcastle United pada 14 Julai 2019. Tiga hari kemudian, Steve Bruce tiba sebagai pengurus baru pasukan.
Selang 5 hari selepas itu, Joelinton ditandatangani dengan harga £ 40 juta. Menurut Mike Ashley ia adalah sekitar £ 43 juta.
…
Alaves dilaporkan telah membayar kira-kira £ 2 juta untuk mendapatkan Joselu. Para penyokong Newcastle memberi ucapan agar pemain ini terus berjaya pada masa hadapan.
Pemain ini dianggap telah memberi segala-galanya, sentiasa berusaha tetapi mungkin kualitinya masih belum sampai ke tahap Liga Perdana Inggeris perlukan.
Selepas mendapat promosi ke liga utama, Rafa Benitez berkata beliau perlukan seorang penyerang yang mempunyai kualiti sepadan dengan Liga tersebut. Ia bagi melonjak kelab ke tahap seterusnya.
Mike Ahsley berkata, nah £ 5 juta, keep the change.
…
Joselu menyesuaikan diri dengan baik, membuat 19 penampilan pada awal musim 2017/18. Itu merupakan musim pertamanya.
Pada akhir Januari 2018, Benitez beralih kepada Dwight Gayle dan Ayoze Perez.
Pasangan ini mengemudi pasukan sehingga penghujung musim, menduduki tempat ke-10.
Ramai peminat Newcastle menjangkakan Joselu akan meninggalkan kelab pada hujung musim tersebut, tetapi Ashley tidak membenarkan sebarang penjualan melibatkan Joselu.
Kelab mencatatkan keuntungan £ 20 juta dalam urusan jual beli pemain tetapi kelab juga tidak membenarkan untuk membeli Solomon Rondon.
Ia dibenarkan jika Benitez boleh meminjam keluar Gayle, akhirnya Gayle dipinjamkan ke West Brom dan Rondon dipinjam masuk dari West Brom.
Ketibaan Rondon agak lewat, pemain ini tidak cergas sepenuhnya.
Ketika Rondon dalam proses mendapatkan kembali kecergasan yang diperlukan, Joselu menampung ketiadaanya dengan baik.
Dia membuat 4 penampilan pada hujung September 2018, seacara keseluruhan Joselu menjaringkan 6 gol liga, termasuk 2 gol ketika menentang Chelsea dan Tottenham.
Adil untuk katakan tiada peminat Newcastle marah dan kecewa ketika Joselu meninggalkan kelab, tetapi apabila dilihat pada musim ini, adakah ketumpulan penherang Newcasrle tidak terlalu kritikal jika Joselu masih kekal.
Di sepanyol, walaupun hanya bermaim dengan kelab kecil yang juga sedang bergelut di kelompok bawah liga, Joselu telah menjaringkan 8 gol dari 17 penampilannya.
Bandingkan dengan Newcastle United yang kini hanya mampu menjaringkan 24 gol dalam 24 perlawanan.
Daripada 24 gol tersebut, 12 dihasilkan oleh pemain pertahanan.
- Clark, Schar, Fernandez, Leujeune dan Willems (2 gol)
- Lascelles dan Yedlin (1 gol)
Bagaimana pula dengan barisan hadapan dan pemain tengah Newcastle?
Jika tidak dimasukan nama Jonjo Selvey yang menjaringkan 5 gol, bagaimana ia kelihatan.
- Almiron dan Matty Longstaff (2 gol)
- Joelinton, Saint Maximin dan Hayden (1 gol)
Ki, Carroll, Ritchie, Gayle, Muto, Atsu dan Sean Longstaff masih gagal menyumbang sebarang gol.
Keluarkan semua jaringan dari pemain pertahanan dan Shelvey yang menjadi penyumbang utama mata pasukan pada November dan Disember.
Newcastle hanya mempunyai 7 jaringan dari semua pemain tengah dan penyerang, sementara itu Joselu sudah menjaringkan 8 gol di La Liga.
Adakah Newcastle telah melakukan keputusan salah menjual Joselu pada perpindahan pemain pada awal musim?
Adakah pemain tengah dan penyerang Newcastle kini agak lemah memberi ancaman kepada pasukan lawan dan kurang berkemampuan menjaringakan gol?
Atau adakah kelemaham taktikal dari Steve Bruce?