8 Kasut Bola Ikonik

Bola sepak ni bukan sekadar sukan yang memerlukan keupayaan manusia. Ia juga memerlukan bantuan daripada peralatan seperti boot.

Boot yang cantik dan sedap dipakai antara elemen penting.

Berikut 8 boot ikonik dalam bola sepak:

1. Adidas Predator

Dianggap ramai pemerhati sebagai kasut bola sepak paling ikonik yang pernah dihasilkan. Pemakai ikonik kasut ini pastinya Zinedine Zidane dan David Beckham. Selain daripad Raúl, Kaká, Steven Gerrard, Xavi, Patrick Vieira, Xabi Alonso, Alessandro Del Piero, dan Rui Costa.

Ia masih menjadi kasut bola yang paling laris sepanjang zaman. Dan masih mendapat permintaan tinggi sejak versi pertamanya dikeluarkan pada 1994.

2. Adidas Copa Mundial

Ini adalah boot klasik dengan 3 garisan ikonik yang mula dikeluarkan pada 1979. Pemakai ikonik dia pastinya Franz Beckenbauer. Pada era moden pemain seperti Frank Lampard dan Eric Cantona pun pernah memakainya.

Kasut yang menjadi idaman korang masa kecik dulu kan?

3. Nike Mecurial Vapor

Kasut yang membuatkan korang terasa / terperasan laju seperti Cristiano Ronaldo apabila memakainya.

Boot ini sinonim dengan Ronaldo R9, Thierry Henry, dan Cristiano Ronaldo.

Ianya memang kasut yang menyokong pecutan dan larian.

4. Nike Tiempo

Versi sedap adalah Air Legend R10 pada 2005. Nike Tiempo signifikan dengan nama nama seperti Ronaldinho, Andrea Pirlo dan Francesco Totti.

5. Puma King

Persaingan adik beradik  – Puma dan Adidas telah membuatkan kasut ini terhasil. Ia adalah kasut yang sangat popular satu ketika dahulu.

Diperagakan bintang seperti Pele, Johan Cruyff, dan legenda Diego Maradona.

6. Nike Total 90

Total 90 merupakan jenama yang fenomena. Ada beberapa versi yang dihasilkan termasuk Air Zoom Total 90 III pada 2005, yang menjadi fenomena.

Nike Total 90 dipakai oleh nama nama seperti Wayne Rooney, Fernando Torres dan Roberto Carlos.

7. Adidas F50

Kasut yang sinonim dengan Lionel Messi. Di mana ia juga dipakai legenda lain seperti Arjen Robben dan Lukas Podolski.

Versi F20+  pada 2005, dianggap antara versi terbaik bagi sebuah kasut bola.

8. Adidas Kampung

Masih dikira kasut original, dan bukan copy ori. Kasut ini boleh dipakai dalam apa jua kondisi padang termasuk di tanah bendang, sawah, di tapak pembinaan sekalipun.

Orang kata, kalau nak feel dia sampai, kena beli original, ataupun versi sebenar, bukan replika mahupun versi copy Siam.

Tapi tak semua orang boleh pakai yang Ori, dan replika pun sedap juga la kan kalau ia dari official. Yang ni konfem ori.

Tak kisah jenama apa. Ia tetap digelar Adidas Kampung.

Senang dijaga dan hanya perlu dibersihkan dengan air. Cepat kering.

Jadi korang suka yang mana satu? Jangan lupa kongsikan di ruangan komen dan share artikel ini untuk kesedaran rakan anda akan kehadiran boot legend no.8.

Baca yang lain

Bayern Mahu De Zerbi

Roberto De Zerbi dikaitkan dengan Bayern Munich sebagai calon pengganti Thomas Tuchel. Tuchel akan meninggalkan Bayern pada akhir musim ini. Dengan beberapa

Ten Hag Kritik Pressing Sebelah Kiri

Erik Ten Hag mengkritik mutu pertahanan sebelah kiri pasukannya ketika menentang Fulham. Ini kerana arah tersebut sangat lemah ketika bertahan terutama sekali