8 Kelab Ligue 1 Di Ambang Muflis Sebelum Liga Bermula

8 Kelab Ligue 1 kini diambang muflis kerana kegagalan pentadbir liga mereka memeterai kontrak penyiaran yang baharu.

Kelab kelab ini bergelut untuk menampung kos operasi mereka dan tidak dapat meyakinkan penaja baharu kerana tidak ada sokongan yang kuat dari segi kontrak penyiaran.

Masalah mulai timbul apabila Ligue 1 meletakkan sasaran dianggap tak masuk akal. Mereka berharap dapat meraih kontrak €1 billion daripada hak penyiaran yang baharu.

Ligue 1 hanya sudi mendengar kertas cadangan kontrak bermula €800j – €850 juta untuk mana mana syarikat penyiar yang mahu menyiarkan Ligue 1.

Tidak ada badan penyiar yang mahu membayar angka itu setakat ini. Kerana daya tarikan liga Perancis semakin hambar. Ini ditambah dengan pemergian Kylian Mbappe ke Real Madrid.

Pemain itu adalah nama besar terbaru yang blah dari Ligue 1 selepas Messi dan Neymar musim lalu.

Peminat di luar Perancis menganggap Ligue 1 sebagai liga membosankan dan semakin ramai lebih tertarik dengan Liga Pro Saudi berbanding Ligue 1.

Ligue 1 dianggap semakin tiada nilai komersial. Sebelum ini peminat menyaksikan mereka hanya kerana daya tarikan daripada superstar dunia. Berbanding liga seperti Serie A, walaupun pemain bintang mereka pergi, namu  populariti liga itu masih utuh kerana kelab kelab mereka menerima sokongan kuat daripada peminat di luar negara.

Ligue 1 yang panik turut mempertimbangkan untuk menyiarkan sendiri perlawanan liga mereka menerusi platform mereka. Namun itu akan memakan kos tinggi dan pelanggan mereka mungkin hanya daripada rakyat Perancis sahaja.

Peminat luar negara juga mulai tidak gemar dengan Ligue 1 kerana polisi liga itu yang dianggap rasis. Misalnya Ligue 1 adalah satu satunya liga di eropah yang mewartakan secara rasmi larangan pemain berbuka puasa yang akan dianggap kesalahan disiplin. Sesuai dengan peraturan FFF ke atas pemain kebangsaan mereka.

Perkara perkara seperti ini membuatkan peminat di luar negara semakin menyampah dengan ligue 1.

Dan terbaru, mereka sedia memujuk semula DAZN kembali ke meja rundingan selepas menolak rundingan dengan DAZN sebelum ini kerana tak puas hati tawaran daripada syarikat itu.

Kesan paling buruk sekarang adalah 8 kelab ini diambang muflis: