Bekas presiden Valencia Paco Roig memberikan komen dianggap rasis ke atas Real Madrid. Ini apabila dia secara eksklusif memberitahu media Mundo Deportivo bahawa Real Madrid adalah pasukan Real Imigran.
“Saya gelar Madrid sebagai Real Imigran. Sebelum ini mana ada masalah macam ini. Atau saya yang tidak perasan. Romario dulu separuh hitam dan dia tiada masalah di sini. Ianya di situ, di Real Madrid, selalu berikan masalah. Saya gelar Madrid sebagai Real Imigran.
Dia kemudian membidas Vini Jr sebagai suka buat cerita. Dia mempertahankan penyokong Valencia yang sebelum ini dituduh memanggil Vinicius sebagai monyet.
“Madrid ada 8 pemain kulit hitam. Dua kulit putih yang merupakan pemain asing dan seorang sahaja orang Sepanyol iaitu Carvajal dalam kesebelasan mereka. Dan kemudian ada Vinicius dikeluarkan, dan kamu tahu dia pergi ke mana, dia pergi menuju ke pagar Mestalla dan memanjat sambil menjerit: ‘Kamu tadi gelar saya anak sundal’.
“Cucu saya ada di situ masa tu. Dan saya kata kepada cucu saya, Alfonsito, apa benda yang penyokong kita cakap tu? Cucu saya jawab: ‘Mereka panggil dia tolol’. Lahh, saya ingatkan penyokong Valencia panggil dia monyet.
“Kemudian saya tanya pada ayah cucu saya yang berusia 40 tahun. Dia jawab benda yang sama. Mereka panggil Vini sebagai tolol.
“Lepas tu dia pun cakap pada penyokong kamu: ‘Kamu sedang menuju ke Segunda [liga bawahan]’. Kemudian mereka tarik balik kad merah diberikan kepada Vinicius [kerana menyerang pemain Valencia ketika dia bengang mendakwa dia diejek secara rasis].
Vini Jr. picks up his first career straight red card 🔴 pic.twitter.com/sD8kKQX9g8
— ESPN FC (@ESPNFC) May 21, 2023
“Vinicius ni memang najis punya manusia. Dia mungkin pemain yang hebat, namun sebagai manusia dia seorang yang teruk. Dia sentiasa pergi merengek ke arah pengadil.
“Kalau saya pergi ke Amerika Selatan, saya perlu merendah diri. Saya tak boleh tiba di sana cakap saya nak menguasai negara mereka. Si Vinicius ni pula tak boleh terlalu ego. Siapa kamu?”
Akhir sekali Paco Roig menganggap Real Madrid dan Barcelona memiliki reputasi yang sudah lama calar. Dan seringkali cuba mendapatkan kelebihan daripada pengadil.
“Mereka beritahu saya Madrid suka cari pasal dengan pengadil. Barcelona pula hadiahkan pengadil dengan jam tangan Longines emas. Itu yang mereka beritahu saya. Tak tau betul ke tidak.”