8 Pemain Sayap Kiri Terbaik Malaysia 2019, 3 Darinya Dalam Landasan Tepat

Analisis ini kami meletakkan penyerang sisi kiri dan sayap kiri dalam kategori sama.

8 pemain sayap tempatan paling kerap muncul di Liga Super 2019, 1 darinya sedang berkembang dengan baik selama 4 tahun berturut-turut.

Ia sudah semestinya Hadin Azman, mengatasi kesemua pemain sayap tempatan yang terdapat dalam kancah saingan domestik.

Mula mendapat tempat apabila menyertai pasukan Felda United pada tahun 2015, bermain 2 musim di Liga Perdana (2015,2018) dan 3 musim di Liga Super (2016,2017,2019).

Pada tahun ini pemain kelahiran Kuala Lumpur ini akan menjadi pemain utama buat kali ke-4 bersama pasukan Kedah pada usia 26 tahun.

Mempunyai pengalaman berharga di bawah jurulatih Irfan Bakti ketika Felda United mara ke perlawanan akhir Piala FA 2016 dan mencabar liga 2 tahun berikutnya.

Siapa lagi pemain sayap kiri yang paling berkembang dalam tempoh itu selain dari Hadin Azman?

Dalam karier Hadin, dia telah tampil sebanyak 62 kali di liga tertinggi sebagai pemain kesebelasan utama termasuk 4 perlawanan bersama Kedah.

10 kali dimasukan dari bangku simpanan dan dia mempunyai 19 jaringan, angka ini tidak termasuk jaringannya di Liga Perdana.

Berikut adalah senarai 8 pemain sayap tempatan yang paling kerap bermain sepanjang musim 2019.

Dimanakah mereka berada pada musim ini, berapa besar peluang mereka untuk disenaraikan oleh Tan Cheng Hoe bagi membawa cabaran panjangnya menghadapi kelayakan Piala Asia/Piala Dunia.

NORHAKIM HASSAN (Perak)

37 penampilan (2,715 minit), 4 gol

Mungkin kita kurang melihat ‘kegilaan’ yang dimiliki oleh pemain ini.

Pada musim 2018, Perak sudah memiliki Nazrin Nawi, namun membawa masuk Norhakim Hassan bagi memberi persaingan di posisi itu.

Selama 2 musim di Perak, pasukan ini mempunyai 76 perlawanan dan Norhakim hanya terlepas 3 kali.

Walaupun dia kini sedang mengalami kecederaan bersama Selangor pada pra musim tempoh hari, dia begitu cergas pada 2 musim sebelumnya.

Itulah ‘kegilaannya’.

2019, dia tampil 37 kali dari 39 perlawanan melibatkan pasukan Perak dan mengumpul 4 jaringan.

Kecederaan ketika usianya akan memasuki 30 tahun mungkin akan menamatkan peluang untuk berada dalam skuad negara.

Tetapi jika dilihat kebelakang, Norhakim Hassan merupakan pemain yang sering dilupakan walaupun sudah membuktikan dirinya antara salah seorang pemain sayap kiri terbaik pernah dimiliki oleh negara.

Pasukan 2020: Selangor

Penampilan antabangsa 2019: 0 kali

SYAZWAN ZAINON (Selangor)

22 (1) penampilan (1,836 minit), 3 gol

2019 merupakan musim pertama bekas pemain Kedah ini di Selangor dan dia merupakan major signing pada ketika itu.

Siapa pemain sayap kiri Selangor pada musim sebelumnya? Tiada, kerana P.Maniam menggunakan sistem 3-4-3, pemain berusia 22 tahun Kannan Kalaiselvan banyak meraih peluang bermain diposisi wingback.

Ia sesuatu yang mudah bagi bekas pemain kebangsaan untuk mendapat tempat itu tanpa sebarang persaingan dari nama besar.

Syazwan akhirnya muncul sepanjang musim dan amat jarang untuk melihat pemain lain berada disana.

Pasukan 2020: Selangor

Penampilan antarabangsa 2019: 2 kali

HADIN AZMAN (Felda United)

18 (3) penampilan (1,766 minit), 8 gol

Pada pandangan penulis, Hadin Azman mendahului senarai pemain sayap kiri terbaik yang dimiliki negara.

Mempunyai proses perjalanan karier yang baik, sudah mempunyai banyak perlawanan sebagai pemain utama dan juga sudah merasa persaingan di tahap tertinggi bersama Felda United.

Tan Cheng Hoe dijangka akan terus memantau pemain ini. Pada tahun 2019 Hadin dipanggil 2 kali dari 5 pangilan antarabangsa dan dia meraih 3 penampilan bersama Malaysia.

Hadin juga mempunyai rekod jaringan tertinggi dari senarai pemain sayap kiri tulen. Pemain ini pantas menjadi barisan utama di Kedah apabila muncul di 4 perlawanan awal.

Hanya jaringan sahaja belum tiba.

Pasukan 2020: Kedah

Penampilan antarabangsa 2019: 3 kali

FARHAN ROSLAN (Kedah)

25 (3) penampilan (1,549 minit), 3 gol

Apa benda yang sering terlepas dari pemikiran kita tentang pemain ini pula.

Umurnya, dia baharu berusia 24 tahun. Pemain yang berbakat besar yang menerima kecederaan pada usia terlalu muda.

Namun Farhan kembali pada musim lepas, menjadi pemain sayap kiri utama dengan tampil 25 (3) kali dalam semua pertandingan.

Jumlah jaringannya? Boleh tahan bagi seorang pemain sayap, 4 gol. 1 di liga, 1 di Piala FA dan 2 di Piala Malaysia.

Angka tersebut jauh lebih baik

dari musim sebelumnya apabila dia hanya mampu muncul sebanyak 2 (5) kali tanpa sebarang jaringan.

Cuma satu bentuk soalan akan timbul selepas ini adalah adakah dia atau Hadin akan menjadi pilihan utama di Kedah.

Walau apapun topik yang timbul, ‘pemenang’ persaingan di posisi ini layak berada di dalam skuad Malaysia.

Siapa lagi kalau bukan mereka?

Pasukan2020: Kedah

Penampilan antarabangsa 2019: 1 kali

NAZRIN NAWI (Melaka United)

16 (5) penampilan (1,417 minit), 5 gol

Selepas tewas dalam persaingan di Perak ‘melawan’ Norhakim Hassan, Nazrin Nawi berhijrah ke Melaka United.

Dia mengembalikan status pemain utama Liga Super. Di Melaka United Nazrin mengenepikan cabaran dari Gopinathan Ramachandran (kini Gopy Ryzki) untuk berada di sebelah kiri pasukan.

Nazrin tampil 16 kali dari 22 perlawanan Liga Super, sekali di Piala FA dan 4 dari 6 perlawanan Piala Malaysia.

Pemain ini juga agak setaraf dengan Norhakim Hassan dalam sudut jaringan walaupun lebih dikenali sebagai traditional winger.

Kembalinya dia ke Kelantan membawa makna besar buat pasukan itu.

Nazrin masih lagi pemain yang boleh bermain di Liga Super, dia berada dalam senarai 8 pemain sayap paling bermain pada musim 2019.

Pasukan 2020: Kelantan

Penampilan antarabangsa 2019: 0 kali

AKHYAR RASHID (JDT)

5 (17) penampilan (687 minit), 3 gol

Melihat kepada statistik penglibatan Akhyar musim 2019, pemain masih lagi jauh perjalanannya untuk menjadi pemain utama Liga Super.

Walaupun mendapat 5 kali panggilan dari 5 minggu antarabangsa, namun ia banyak disandarkan kepada pemain paling berbakat besar paling berpotensi.

Hanya masa akan menentukan sama ada potensi itu boleh dipenuhi atau tidak.

Akhyar tampil 10 kali bersama skuad kebangsaan, lebih banyak dari senarai pemain diatas walaupun menjadi pemain paling sedikit tampil dalam kancah domestik.

Pasukan 2020: JDT

Penampilan antarabangsa 2019: 10 kali

RUMUSAN

6 nama diatas merupakan pemain tempatan yang paling kerap bermain dalam saingan domestik, semua pertandingan 2019.

Indra Putra Mahayaddin dari Kuala Lumpur dan Hafiz Ramdan dari PKNP menyertai senarai itu.

Indra tidak menerima apa-apa panggilan mungkin kerana faktor usianya hanya boleh dipusatkan kepada tugasan Kuala Lumpur.

Sementara itu Hafiz Ramdan dipanggil 3 kali tetapi tidak mendapat sebarang penampilan.

Adakah Hadin Azman antara pemain sayap kiri terbaik yang dimiliki Malaysia pada ketika ini?

Kami tinggalkan disini untuk anda rumuskan.

Kami hanya akan meninggalkan 3 nama yang berada dalam landasan untuk meneruskan perkembangan baik 2019 ke tahun 2020.

Hadin Azman, Syazwan Zainon dan Akhyar Rashid

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan