83% Penyokong Jerman Tak Gembira Gundogan Jadi Kapten

Satu survey dibuat oleh syarikat penyiaran, ARD di Jerman untuk melihat sama ada peminat Jerman gembira untuk menerima Gundogan sebagai ketua pasukan kebangsaan mereka.

Gundogan dipilih menjadi kapten skuad Jerman oleh Julian Nagelsmann menggantikan Manuel Neuer yang baru sahaja kembali ke dalam skuad Jerman pada musim ini.

Dan survey yang dibuat oleh ARD menunjukkan bahawa hanya 17% rakyat Jerman suka melihat Gundogan menjadi kapten pasukan kebangsaan mereka. Dan selebihnya tidak dapat menerimanya kerana Gundogan merupakan pemain  daripada keturunan Turki yang berhijrah ke Jerman.

Gundogan lahir di Jerman, namun peminat merasakan bahawa pasukan kebangsaan Jerman seharusnya diketuai oleh orang Jerman sebenar.

Daripada kajian yang sama, 21% peminat Jerman [satu daripada setiap 5 penyokong yang ditemuramah] tidak gembira dengan komposisi warna kulit dalam skuad Jerman. Di mana mereka menuntut agar lebih ramai pemain kulit putih dalam skuad mereka.

Nagelsmann terkejut dengan laporan seperti ini yang kelihatan seperti rasis. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini semakin ramai pemain berkulit hitam bermain untuk Jerman.

Nagelsmann berkata: “Soalan itu sendiri gila, apabila kita sanggup mempersoalkan perkara seperti itu di dalam tv secara terbuka. Saya terkejut.

“Di mana setiap 1 daripada 5 rakyat Jerman mahukan lebih ramai pemain kulit putih bermain untuk pasukan kebangsaan.

“Kita bermain di Euro dan memberikan peluang kepada semua orang yang ada di negara kita yang mahu bermain untuk negara. Kita bermain untuk semua orang di sini.

“Di Eropah ramai rakyat yang meninggalkan negara asal mereka kerana peperangan, faktor ekonomi, bencana alam.

“Apa yang kita sedang lakukan ketika ini? Kita rakyat Jerman, kita baik baik sahaja sebelum ini hidup berbilang bangsa.

“Namun hanya kerana laporan seperti itu ianya mencemarkan nama baik kita.

“Ianya pelik, kita suka melancong ke luar negara untuk melihat budaya bangsa yang berbeza namun apabila budaya lain itu masuk ke negara kita, kita pula merungut tentangnya. Ianya pelik.

“Jadi saya berharap saya tidak akan membaca lagi laporan mengarut seperti ini di masa akan datang.

“Topik ini tidak penting pun sebenarnya dalam pasukan ini. Dah tentu saya sedar tentang laporan survey seperti itu. Semua orang yang membesar dan bermain bola sepak tahu bahawa perkara seperti ini benar benar tak betul.

Seorang wartawan kemudian menyatakan bahawa survey seperti itu adalah rasis dan Nagelsmann setuju.

“Ya saya setuju ianya rasis dan saya rasa kita semua patut bangun.”

Gundogan tidak mempedulikan kajian itu. Dia malah menyatakan: “Kita mungkin berbeza, namu  kita semua adalah rakyat Jerman.”

Gundogan malah menunjukkan kualitinya sebagai pemimpin apabila beraksi cemerlang dalam dua perlawanan pembukaan Jerman dalam Euro kali ini.

Dia turut menjadi pemain terbaik perlawanan ketika menentang Hungary. Selepas dia mencetak 1 gol dan satu assist kepada Jamal Musiala dalam kemenangan 2-0 Jerman.