Penganalisis bebas, CIES mengeluarkan laporan terbaru berkaitan dengan jumlah defisit bersih perbelanjaan pasukan pasukan di 5 liga utama Eropah dalam 10 jendela perpindahan terakhir.
Nett spending bermaksud jumlah wang masuk hasil penjualan pemain ditolak dengan jumlah wang yang dibelanjakan untuk membeli pemain baharu.
1. Manchester City
Daripada 10 jendela perpindaan terakhir, nampaknya Manchester City berada di hadapan dengan -€631 juta.
City sangat aktif berbelanja terutama sekali pada era Pep Guardiola. Mereka membelanjakan wang yang banyak terutama sekali untuk pertahanan.
2. Manchester United
Di tempat kedua pula sebuah lagi kelab Manchester iaitu Manchester, iaitu Manchester United dengan -€586 juta. Membawa pulang Paul Pogba sahaja membuatkan United membelanjakan €100 juta.
3. Barcelona
Diikuti oleh Barcelona yang jauh meninggalkan lawan utama mereka di Sepanyol , Real Madrid. Dalam 10 jendela perpindahan terakhir, Barcelona defisit -€471 juta.
Beban daripada perpindahan ini membuatkan Barcelona berhutang dengan 19 kelab lain ketika ini. Dasar mereka yang tidak dapat menjual pemain dan terus membeli ternyata memberikan kesan.
Coutinho, Griezmann dan Dembele adalah 3 pemain di atas €100 juta mereka bayar.
4. PSG
Sebuah lagi kelab yang dimiliki pak Arab iaitu PSG berada di tangga keempat dengan -€455 juta. Mereka merekodkan perpindahan Neymar €222 juta dan Kylian Mbappe €180 juta.
Mereka masih berimpian menjulang kejuaraan UCL pertama. Kerana mereka tak akan dapatkan Neymar dan Mbappe hanya untuk Ligue 1.
5. Inter Milan
Inter Milan pula berada di tangga kelima dalam defisit perbelanjaan bersih perpindahan dengan €386 juta. Mereka banyak membawa masuk bintang baharu dalam beberapa musim ini.
6 & 7. Aston Villa & Everton
Agak mengejutkan adalah Everton dan Aston Villa. Masing masing berada di tangga keenam dan ketujuh.
Everton pernah berbelanja lebih €120 juta dalam satu perpindahan ketika era Marco Silva.
Aston Villa juga membelanjakan jumlah hampir sama pada musim lalu. Mujur mereka tidak tersingkir. Dan musim ini mereka jauh lebih baik.
9 & 10. Milan dan Chelsea
Melengkapkan senarai 9 teratas untuk pasukan dengan defisit -€300 juta dan ke atas adalah AC Milan dan Chelsea masing masing di tangga kesembilan dan kesepuluh.
Milan mengalami defisit -€311 juta pada 10 jendela perpindahan terakhir.
Sementara Chelsea walaupun berbelanja €220 juta di bawah Frank Lampard musim ini, masih berada di bawah Milan dengan -€308 juta kerana berjaya menjual beberapa nama seperti Morata dan Diego Costa dengan harga tinggi.