9 Penerima Gaji Tertinggi Di Liga Utama Eropah Termasuk Mo Salah Dan Casemiro

Siapakah penerima gaji bulanan terbesar di liga utama Eropah? Anda mungkin sudah dapat agak kan?

Baiklah kita kira turun 9 pemain yang paling tinggi gaji bulanan di Eropah. Ini adalah pendapatan kasar pemain sebelum cukai.

9. Raphael Varane (Man United) RM8.73 juta sebulan

Bekas pemain Real Madrid ini sangat menikmati gaji terbaik dalam fasa akhir kariernya.

Dia yang sudah bersara daripada pasukan kebangsaan kini menerima €1.73 juta sebulan bersamaan dengan RM8.73 juta.

7. Mohamed Salah (Liverpool) – RM9.09 juta sebulan

Mohamed Salah menjadi pemain penting dalam sejarah Liverpool era Klopp. Memenangi segalanya bersama dengan Liverpool.

Pada lanjutan kontrak beliau yang terakhir, dia setuju dengan gaji €1.77 juta sebulan di Anfield bersamaan dengan RM9.09 juta je.

7. Casemiro (Man United) – RM9.09 juta sebulan

Gaji Casemiro sama dengan Mohamed Salah. Dia meninggalkan Real Madrid untuk menyertai Man United.

Masih menjadi pemain penting Erik Ten Hag di Old Trafford.

6. Robert Lewandowski (Barcelona) – RM9.6 juta sebulan

Lewandowski menguasai bil gaji pemain di Barcelona dengan €1.87 juta sebulan. Dia meninggalkan Bayern untuk menyertai rejim Xavi Hernandez di Catalonia.

Kontrak semasa pemain ini akan berakhir pada 2026. Dianggap sebagai salah seorang penyerang terbaik eropah sepanjang zaman.

Kariernya sangat sinonim dengan Bayern Munich.

5. David Alaba (Real Madrid) – RM9.65 juta sebulan

David Alaba menyertai Real Madrid dari Bayern Munich. Dia menjadi pemain penerima gaji tertinggi di Santiago Bernabeu pada ketika ini.

Real Madrid membayarnya €1.87 juta sebulan.

4. Erling Haaland (Man City) – RM9.75 juta sebulan

Pemain yang memenangi treble pada musim pertama bersama City. Dia menjadi nadi penting dalam proses tersebut.

Haaland menerima gaji masuk sebanyak €1.9 juta sebulan di Etihad. Itu belum dicampur dengan beberapa bonus yang lain.

3. Kevin De Bruyne (Man City) – RM10.37 juta sebulan

De Bruyne sudah pastinya akan menjadi legenda hidup Man City. Pemain paling penting dalam revolusi pemilikan pak Arab di Man City.

Dia menerima €2.02 juta sebulan di kelab semasanya. Satu satunya pemain yang boleh bertikam lidah dengan Guardiola, tanpa sebarang masalah.

2. Harry Kane (Bayern Munich) – RM10.78 juta sebulan

Bukan sahaja harganya yang keras ketika Bayern membayar sekitar €100 juta kepada Spurs untuk membeli beliau, gaji Kane pun mahal nak mampus.

Dia menerima €2.1 juta di Bayern. Menjadi penerima gaji tertinggi di Bundesliga dan di kalangan pemain pemain Inggeris.

1. Kylian Mbappe (Paris St Germain) – RM30.78 juta sebulan

Gajinya sebulan hampir 3 kali ganda daripada gaji Kane. Dengan PSG memberikan dia gaji tak masuk akal sekitar €6 juta sebulan.

Ini merupakan tahun akhir beliau di PSG. Kerana selepas ini dia dikatakan akan ke Real Madrid pula.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan