99 Gol Musim Ini, Atalanta Jadi Pasukan Paling Menghiburkan Di Itali

Atalanta membuat satu langkah seterusnya menuju ke Liga Juara-Juara kedua dalam sejarah kelabnya pada musim hadapan selepas menewaskan Lazio 2-0.

Gol dari Mario Pasalic dan Robin Gosens pada babak ke-2 membunuh Napoli di Stadium Gewiss dan meletakkan Atalanta ke tangga ke-4, slot terakhir ke pertandingan itu.

Pasukan Gian Piero Gasperini tidak pernah kalah pada 9 perlawanan lepas, berada 12 mata dihadapan AS Roma (no.5).

Sementara itu Napoli berada di tempat ke-6 akan bersaing dengan AC Milan bagi meraih slot ke Liga Europa. Milan ketinggalan 2 mata di belakang skuad Gennaro Gattuso selepas hanya mampu seri dengan SPAL.

ATALANTA PASUKAN PALING MENGHIBURKAN DI ITALI

Pada musim lepas Atalanta gagal mara ke Liga Europa selepas tewas kepada Copenhagen dari Denmark di pusingan akhir kelayakan.

Mereka tewas melalui penentuan sepakan penalti 3-4 selepas seri 0-0 di Reggio Emilia, pada perlawanan ke-2 di Copenhagen mereka juga seri tanpa jaringan.

Bagaimanapun Atalanta cemerlang di saingan domestik apabila mara ke Liga Juara-Juara selepas menamatkan kempen Serie A di tangga ke-3 menyingkirkan Inter Milan ke tangga ke-4 selepas kedua-dua pasukan terikat 69 mata.

Ia menjadi penampilan pertama dalam sejarah kelab.

Lebih manis mereka juga mara ke perlawanan akhir coppa italia. Walaupun tewas 0-2 kepada Lazio di Rome, mereka berjaya mengalahkan Juventus 3-0 di peringkat suku akhir.

Kecemerlangan itu dibawa pada musim ini, mereka menjadi pasukan paling menarik ditonton di Itali berbanding Juventus, Inter Milan, Lazio atau mana-mana pasukan.

82 GOL- SERIE A DALAM 29 PERLAWANAN

Mereka menjadi pasukan paling garang di Serie A apabila menjaringkan 82 gol selepas 29 perlawanan. Pasukan ke-2 dan ke-3 paling banyak menjaringkan gol adalah Lazio dan Inter Milan dengan 66 dan 62 gol.

Kurang 20 gol berbanding Atalanta atau dalam peratusan Atalanta 20% lebih tajam.

Juventus yang mempunyai ramai bintang dunia hanya berjaya mencetak 59 gol, kurang 23 gol dari skuad murah Gasperini.

  • Atalanta, 82 gol
  • Lazio, 66 gol
  • Inter Milan, 62 gol
  • Juventus, 59 gol
  • AS Roma, 53 gol

Persoalannya, adakah Atalanta bakal berjaya meraih 100 gol di Serie A apabila ia melabuh tirai pada 3 Ogos nanti.

Mereka masih mempunyai 9 perlawanan, sehingga perlawanan ke-29, purata jaringan Atalanta adalah 2.8 gol pada setiap perlawanan.

Atalanta boleh menambah 25 gol lagi jika mereka terus konsisten dengan nisbah tersebut dan ia bakal menjadi 109 gol.

14 KALI JARING 3 GOL ATAU LEBIH

Hampir separuh dari 29 perlawanan Atalanta menamatkan perlawanan dengan 3 jaringan atau lebih.

Mereka merekod kemenangan 7 gol sebanyak 3 kali, 4-5 gol sebanyak 4 kali dan 3 gol sebanyak 7 kali.

Skuad Gasperini sangat berbahaya dan peluang mereka menamatkan perlawanan dengan 3 gol adalah 50%.

Udinese dibelasah 7-1 pada 27 Oktober, selepas itu giliran Torino dibenam 7-0 dan seterusnya Lecce menjadi mangsa ke-3 apabila ditundukkan 7-2.

Senarai pasukan yang ditundukkan dengan 5 jaringan adalah AC Milan dan Parma. Sassuolo tewas dengan 4 gol sebanyak 2 kali.

Walaupun Atalanta agak perlahan pada awal Liga Juara-Juara pertamanya namun mereka meningkat dan mula menjadi pasukan yang sentiasa boleh menjaringkan 3 gol lebih.

Pada 3 perlawanan awal peringkat kumpulan mereka tewas kesemuanya, dibelasah Dynamo Zagreb dan Manchester City 4-0 dan 5-1.

Atalanta meningkat dengan 1, 2, dan 3 gol pada perlawanan ke-4, ke-5 dan ke-6. Mereka akhirnya layak keperingkat kalah mati.

  • Perlawanan ke-4, Seri Manchester City 1-1
  • Perlawanan ke-5, Menang D.Zagreb 2-0
  • Perlawanan ke-6, Menang S.Donetsk 3-0

Atalanta mencapai kemuncak pada 2 perlawanan pusingan kedua apabila menewaskan Valencia 4-1 dan 4-3. Mereka kembali menjadi pasukan yang akan menjaringkan banyak gol pada setiap perlawanan.

Secara keseluruhannya Atalanta sudah menjaringkan 82 gol di Serie A, 16 gol di Liga Juara-Juara dan 3 gol di Coppa Italia.

99 gol dalam 38 perlawanan pada musim ini menjadikan Atalanta adalah pasukan yang paling menarik ditonton di Itali.

  • Liga, 82 gol- 29 perlawanan
  • Coppa Italia, 1 gol- 1 perlawanan
  • Liga Juara-Juara, 16 gol- 8 perlawanan

Baca yang lain

Griezmann Kesal Hina Alexis Sanchez

Antoine Griezmann akui dia melampaui batas apabila mengeluarkan kata kata hinaan kepada Alexis Sanchez ketika pertemuan 16 akhir antara Atletico Madrid dan