Selepas City Terciduk, Pep Guardiola Pertimbang Untuk Angkat Kaki

Manchester City berhadapan dengan cabaran getir untuk merayu keputusan UEFA di CAS.

Mereka digantung dua musim oleh UEFA – larangan menyertai mana-mana pertandingan kelab anjuran UEFA termasuk UCL dan UEL selama dua musim, 2020/21 dan 2021/22.

Manchester City juga dikenakan denda €30 juta oleh UEFA. Manchester City didapati bersalah melanggar piawaian yang ditetapkan oleh Financial Fair Play (FFP).

Akibat daripada penggantungan ini, Telegraph melaporkan bahawa Pep Guardiola kini sedang mempertimbangkan untuk angkat kaki, jika rayuan Man City di CAS gagal untuk mengubah keputusan UEFA.

Guardiola dikatakan amat mementingkan Liga Juara Juara Eropah. Dan beliau merupakan pengurus yang menjadi idaman banyak kelab elit di dunia.

Malah musim lalu, beliau dikaitkan dengan Juventus, namun akhirnya Guardiola memberikan ikrar taat setianya kepada Manchester City dan akan terus kekal bersama pasukan beliau.

Pep Guardiola musim lalu sangat yakin kelab beliau tidak melakukan kesalahan, dan bersaing secara sihat.

Namun tak sangka pula musim ini, Man City terciduk oleh UEFA. Badan bola sepak Eropah itu menyatakan, hukuman yang dikenakan ke atas Man City ini bukti betapa tegasnya mereka ke atas perlaksanaan FFP.

FFP merupakan satu piawaian kewangan kelab yang diwujudkan pada 2011. Ianya bertujuan membentuk persaingan yang lebih adil kepada semua pasukan.

Selain daripada Guardiola, Manchester City mungkin akan kehilangan beberapa pemain utama mereka. Misalnya Leroy Sane yang hangat dikaitkan dengan Bayern Munich.

Manchester City didapati bersalah melanggar FFP selepas mereka memalsukan laporan kewangan yang mereka hantar kepada UEFA.

Ada beberapa butiran tajaan dinyatakan secara tidak tepat dan berlebihan.

Segalanya ini dikantoikan oleh laman soccerleaks iaitu Der Spiegel yang membocorkan kandungan e-mail dan dokumen berkaitan.

Kebocoran maklumat yang dipertontonkan kepada ramai pihak pada November 2018 itu telah membuatkan UEFA melancarkan siasatan semula ke atas Man City.

Ketika itu Der Spiegel mengedarkan maklumat tersebut kepada ramai pihak termasuk pegawai bola sepak dan jurulatih.

Jose Mourinho antara mereka yang menerima email tersebut, ketika beliau menjadi pengurus Manchester United.

Musim lalu, pihak Man City yakin dokumen yang dibocorkan oleh Der Spiegel itu tidak akan memberikan kesan kepada mereka.

Malah mereka menyatakan, takkanlah UEFA nak menggunakan dokumen yang dicuri oleh hacker sebagai bahan bukti? Menggodam maklumat merupakan perkara yang tidak beretika, menurut City.

Manchester City dalam kenyataan rasmi mereka menyatakan bahawa mereka kecewa namun tidak terkejut di atas keputusan UEFA.

Dan mereka menuduh keputusan UEFA ini prejudis kerana ianya dikendalikan UEFA secara sepenuhnya, bukannya badan bebas.

Manchester City berikrar akan melawan keputusan ini dan meminta agar badan bebas menyiasat kes ini supaya hasil siasatan menjadi lebih telus.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di