Maradona Dapat ‘Barang’ Dekat Tepi Padang

Legenda Argentia Diego Maradona adalah pemain yang dianggap terbaik di dalam sejarah bola sepak dunia.

Kerana kehebatannya di atas padang membuatkan pasukan Argentina menang Piala Dunia dan Napoli menjuarai Serie A.

Malah bagi sesetengah orang Diego Maradona merupakan pemain terbaik sepanjang zaman. Pemain yang memiliki skil, kreativiti dan ketajaman.

Namun begitu kariernya kerapkali dibayangi oleh skandal melibatkan penggunaan dadah.

Beberapa hari lalu, salam aksi Primera Division, Pengurus Gimnasia itu dilihat telah menerima satu paket kecil barang di tempat duduk simpanan pemain.

Selepas itu beberapa staf kejurulatihan beliau segera menghadang pandangan kamera.

Tidak dapat dipastikan sama ada paket kecil itu adalah kokain ataupun barang lain.

Namun video ini membuatkan beberapa orang peminat Maradona teringat kembali peristiwa di mana Maradona membawa sepaket kokain, dalam aksi Global All Stars 1998.

Ketika itu Maradona menerima satu bungkusan kokain dan beliau menyedutnya selepas menjaringkan gol.

Maradona pernah overdose kokain pada 2004. Dan dia juga berhadapan dengan ketagihan alkohol.

Tahun lepas beliau mengalami masalah pada ususnya dan dikejarkan ke hospital.

Pastinya video terbaru beliau ini agak meragukan. Dan pada peminat beliau berharap paket kecil itu bukanlah dadah. Kerana ramai yang masih sayang kepada beliau.

Baca yang lain