Maaf Barca Dan PSG, Willian Tekad Akan Sertai Kelab Rival Chelsea Jika Tak Dapat Kontrak Baharu

Willian Borges telah meluahkan cinta dan sayangnya kepada kota London yang dianggapnya sudah menjadi rumah kedua dia dan keluarganya.

Malah pemain itu membayangkan, jika beliau gagal mendapatkan kontrak baharu di Chelsea, pemain Brazil itu mahu mencari kelab London.

Ini kerana dia buat masa ini sangat suka dan nak menetap di ibu kota Inggeris itu.

Pemain sayap dari Brazil, Willian telah menyertai Chelsea sejak 2013. Beliau menyertai The Blues dari kelab Russia, Anzhi Makhachkala.

Kebanyakan kariernya dihabiskan di Chelsea. Jadi, dia ada perasaan sayang kepada Chelsea walaupun hampir setiap jendela perpindahan dikaitkan dengan Barcelona.

Beliau juga dikatakan antara pemain yang menjadi sasaran pasukan Paris St Germain.

Walaupun ramai penyokong Chelsea kerap mengkritik aksi pemain ini, namun Willian antara pemain yang terus mendapat kepercayaan Frank Lampard.

Pemain berusia 31 tahun itu mendedahkan bahawa, perbincangan kontrak dengan Chelsea sudah pun bermula pada Disember musim lalu.

Namun masih belum mencapai persetujuan rasmi. Willian dikatakan meminta kontrak lebih panjang, namun Chelsea pula hanya menawarkan pakej jangka pendek.

Dan kini Chelsea sudah mendapatkan Hakim Ziyech. Ia bakal memberikan persaingan kepada Willian.

Pemain Brazil itu mengakui beliau tidak pasti bagaimana dengan masa depannya di Chelsea.

Namun Willian tetap bertekad untuk mahu terus kekal di London.

Bercakap kepada The Player’s Tribune, Willian berkata: “Saya telah bermain untuk Chelsea selama lebih dari enam tahun sekarang, dan saya boleh jujur ​​mengatakan bahawa saya sangat gembira di sini.”

“Jika anda bertanya kepada isteri saya jika dia mahu meninggalkan London, dia akan berkata tidak, anak perempuan saya rasa dengan cara yang sama.”

“Tentu saja, Brazil adalah Brazil, betul, rumah kami, budaya kami. Bercuti dan melihat keluarga dan rakan-rakan di sana, tetapi London adalah rumah kedua saya.”

“Sebenarnya, saya baru sahaja lulus ujian kewarganegaraan British. Dan ianya sangat sukar.”

“Ternyata, saya gagal dalam dua percubaan pertama saya, tetapi berjaya lulus dalam yang ketiga. Saya kini warga negara British!”

“Jadi, London adalah tempat saya – dan saya mahu tinggal di sini, di mana saya ada keluarga saya, gereja saya, serta saya mahu anak perempuan saya dibesarkan di sini.”

Jika perjanjian Chelsea dan Willian gagal, mungkin ini peluang untuk Jose Mourinho bergabung semula dengan Willian, ye tak?

Mourinho pernah cuba memancing Willian ketika di Old Trafford. Lagipun Willian dulu kena hijack Chelsea dan Mourinho dari Spurs.

Willian ketika itu sudah menjalani pemeriksaan medikal di Tottenham, namun selepas itu telah memilih haluan lain pada saat saat akhir.

Mungkin juga ini ada bau-bau akan ke Arsenal? Mengikut jejak langkah David Luiz.

Atau mungkin juga ke West Ham ataupun Crystal Palace.

Baca yang lain