5 Lelaki Didenda, Penjara & Sebat Kerana Aktiviti Songsang Di Bandar Baru Bangi

Lima lelaki telah ditahan di sebuah apartmen tingkat dua di Bandar Baru Bangi. Tangkapan itu dibuat pada 9 November tahun lalu.

Dan pada hari ini, mereka dihukum penjara serta dikenakan denda dan sebatan di Mahkamah Tinggi Syarie. 4 daripada pesalah dihukum penjara 6 bulan, denda RM4,800 serta enam sebatan. Mereka berusia 27 sehingga 37 tahun.

Dan seorang lagi, berusia 42 thum sudah berkahwin – dikenakan hukuman lebih berat iaitu penjara 7 bulan, denda RM4,900 serta 6 sebatan.

Hakim Syarie, Mohd Asri Tahir berkata: “Kamu dah kahwin dan ada isteri.. buat macam ini, kamu khianati keluarga kamu.”

Hakim memerintahkan kesemua 4 tertuduh yang merupakan penjawat awan dan swasta, menjalani hukuman penjara jika gagal membayar denda.

Ketika ditangkap, kesemua tertuduh dalam keadaan tidak berpakaian. Amboi engkau.

Mereka bersama 7 lagi lelaki lain termasuk 3 bukan beragama Islam berbekalkan kondom dan alat pelincir di apartment tempat mereka ditangkap.

Siasatan mendapati, mereka dalam langkah persedian, dan warming up untuk melakukan persetubuhan luar tabii. Dan hakim percaya ini bukan percubaan peringkat awal.

Hakim, Mohd Asri tidak mahu para pesalah menggunakan alasan bekerja di sektor awam, ia kesalahan pertama dan perlu menyara keluarga sebagai alasan untuk meminta mengurangkan hukuman.

Mohd Asri kecewa, para pesalah tidak berfikir terlebih dahulu sebelum melakukan aktiviti lawan pedang itu. Jadi, denda sahaja tak cukup untuk mereka ini.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 52(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 dibaca bersama Seksyen 28 enakmen sama iaitu percubaan untuk melakukan persetubuhan bertentangan dengan hukum tabii.

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM5,000, atau dipenjarakan tidak lebih lapan bulan atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman berkenaan.

Pendakwaan dijalankan Pendakwa Syarie, Atras Mohamad Zin, manakala kelima-lima tertuduh diwakili peguam Nurain Kamaruddin.

Macam-macam hal geng pelangi ni. Semalam kena dengi. Semoga korang berubah menjadi lebih baik selepas ini.

Sumber: BH Online

Baca yang lain