TERKINI: Muhyiddin Yassin Umum BERSATU Keluar PH

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengeluarkan kenyataan media bahawa parti itu keluar daripada Pakatan Harapan.

Berikut adalah petikan sidang media daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam mesyuarat khas yang diadakan pada 23 Februari 2020 telah membuat keputusan untuk keluar daripada Pakatan Harapan.”

“Semua Ahli Dewan Rakyat dari parti BERSATU juga dengan ini keluar Pakatan Harapan.”

“Semua mereka telah menandatangani Akuan Bersumpah untuk terus menyokong dan memberi kepercayaan kepada YAB Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia.”

“Keputusan ini dibuat dengan mengambil kira perkembangan politik semasa dan masa depan negara.”

Mantan Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak bertanya, adalah ini dengan rasminya PH sudah terkubur?

Baca yang lain