Lelaki Indonesia Disenarai Hitam Wings Air Kerana Selamber Buka Pintu Kecemasan

Seorang lelaki telah disenarai hitam daripada Wings Air – subsidiari syarikat Lion Air.

Wings Air merupakan syarikat penerbangan tambang murah. Dan seorang lelaki telah membuka pintu kecemasan ketika kapal terbang mereka dalam proses mahu berlepas.

Kejadian itu berlaku di Indonesia, dalam penerbangan dari Balikpapan ke Milanau – di Kalimantan.

Lelaki tersebut duduk di sebelah pintu kecemasan. Dan dia terkeliru dengan arahan daripada pramugari bertugas.

Ketika itu, pramugari sedang membuat taklimat keselamatan. Dan ketika mendengar taklimat menyatakan: “Ada pintu kecemasan di kiri dan kanan, sila buka pintu kecemasan tersebut jika berlaku kecemasan. Mereka yang berada berdekatan pintu kecemasan boleh membuka pintu tersebut.”

Dia yang tak jelas dengan arahan, merasakan hanya mereka yang berada di pintu kecemasan sahaja ada kuasa membuka pintu itu. Malangnya arahan itu menyatakan- ‘jika berlaku kecemasan’, bukannya ‘bila bila masa dia suka’.

Kesemua penumpang telah diarahkan untuk mengosongkan kapal terbang, dan menunggu di ruang menunggu di balai pelepasan.

Pihak keselamatan penerbangan terpaksa membatalkan penerbangan itu gara-gara pintu keselamatan yang dibukanya.

Mereka terpaksa menunggu penerbangan berikutnya untuk berlepas – kira–kira 3 jam selepas itu.

Lelaki tersebut kini berhadapan dengan pertuduhan melanggar peraturan keselamatan dalam penerbangan.

Kesalahan itu boleh dihukum secaram maksimum US$36,540 ataupun 2 tahun penjara.

Dan lelaki tersebut telah disenarai hitam daripada kesemua penerbangan Wings Air. Dan Wings Air adalah satu-satunya penerbangan yang terbang ke Malinau.

Sumber: Coconuts Jakarta

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di