Statistik: Dean Henderson Antara 3 Penjaga Gol Bersaing Untuk Golden Glove EPL

Saingan Liga Perdana Inggeris semakin menuju ke fasa akhir persaingan. Selain daripada persaingan kasut emas, satu lagi anugerah iaitu Sarung Tangan Emas EPL juga menjadi perhatian.

Ia adalah pengiktirafan untuk penjaga gol terbaik dala  liga bagi semusim. Musim lalu Alisson Becker memenangi anugerah tersebut.

Pemilihannya adalah berdasarkan penjaga gol yang paling banyak clean sheets. Sebelum ini, jika jumlah clean sheets adalah sama, penjaga gol yang lebih banyak beraksi akan dipilih pemenang.

Jadi, pada ketika ini ada 3 penjaga gol yang dalam persaingan untuk menjadi penjaga gol terbaik EPL bagi musim ini.

1. Alisson Becker – 10 clean sheets

Alisson seperti seorang YB

Penjaga gol Liverpool ini berehat panjang daripada kecederaan pada awal musim, dengan terlepas 8 perlawanan liga.

Namun ternyata kehebatan beliau menjadi nadi penting Liverpool pada musim ini. Di mana penjaga gol terbaik dunia FIFA dan Ballon d’Or itu telah melakukan 10 clean sheet setakat ini.

Alisson setakat ini mencetak 2.26 saves per match dengan ratio kejayaan saves beliau adalah 84.31%. Itu angka yang sangat tinggi dicatatkan oleh beliau sepanjang musim ini.

Alisson boleh membantu Liverpool menamatkan penantian kejuaraan EPL musim ini. Dan buat masa ini, beliau sudah banyak melakukan crucial saves untuk membantu Liverpool.

2. Ederson – 9 clean sheets

Sweeper keeper milik Man City ini telah menikmati satu lagi musim cemerlang di EPL. Beliau merupakan penjaga gol yang memiliki keupayaan seperti outfield players yang sangat bagus.

Beliau setakat ini melakukan 45 clean sheet dalam 98 aksi EPL. Dan musim ini sudah melakukaan 9 cleans sheet daripada 24 aksi EPL untuk membolehkan beliau bersaing dalam perebutan Anugerah Golden Glove.

Ederson musim ini berhadapan dengan isu kerapuhan bek tengah Man City selepas kecederaan panjang Aymeric Laporte. Dan Laporte disahkan kembali cedera.

Musim ini Ederson menyelamatkan 46 percubaan bahaya dengan ratio kejayaan saves beliau adalah 67.65%.

Ini bermakna Ederson akan melakukan 1.92 saves per match.

3. Dean Henderson – 9 clean sheets

Penjaga gol Manchester United yang dipinjamkan ke Sheffield United ini terus cemerlang musim ini – selepas membantu Sheffield naik divisyen musim lalu.

Dean Henderson kini menjadi pesaing utama Jordan Pickford untuk menjadi penjaga gol utama England di Euro 2020.

Namun susah juga la, sebab si Southgate setakat ini seperti tidak berganjak dengan pilihan beliau walaupun Dean Henderson antara shots stopper terbaik di lima liga utama Eropah.

Pemain berusia 22 tahun ini telah mencatatkan ratio kejayaan saves sebanyak 75% di dalam saty perlawanan.

Beliau melakukan 2.54 saves per match. Maka tidak hairanlah Frank Lampard sangat beriya mahukan Dean Henderson sebelum ini.

Henderson adalah aset berharga Man United. Namun buat masa ini, agak sukar untuk melihat beliau kembali ke United dengan adanya David De Gea.

Baca yang lain