TERKINI: Ronaldinho Keluar Dari Penjara

Bekas bintang Barcelona dan Brazil, Ronaldinho dan abangnya tela ditangkap pada awal Mac atas dakwaan menggunakan pasport palsu untuk memasuki negara Paraguay.

Ianya satu kesalahan yang amat berat melibatkan dokumentasi perjalanan yang dipalsukan.

Hari ini, Ronaldinho dan abangnya, Roberto Assis telah dibebaskan dari penjara di Paraguay dan mereka berdua akan ditahan di bawah peraturan tahanan rumah.

Selepas menghabiskan 32 hari di dalam penjara, hakim Gustavo Amarilla memutuskan bahawa mereka boleh tinggal di sebuah hotel di Asuncion.

Mereka akan tinggal di sana sementara mereka menunggu perbicaraan atas pertuduhan mereka kelak.

Ronaldinho dan Roberto Assis sebelum telah ditahan di sebuah hotel di pusat peranginan, selepas mereka menghadiri beberapa acara termasuk acara kebajikan.

Ronaldinho dipenjara

Selepas ditahan, kedua-duanya dibawa ke di penjara Agrupacion Especializada.

Peguam Ronaldinho dan abangnya membantah perkara itu. Kerana menurut mereka Ronaldinho tidak tahu bahawa pasport diterimanya itu palsu.

Ini kerana menurut mereka, kerajaan Paraguay yang menghadiahkan pasport itu kepada mereka untuk memastikan mereka boleh masuk ke negara tersebut bagi menyertai beberapa acara.

Pasport Ronaldinho dan abangnya di Brazil telah pun ditahan dan digantung sementara. Ianya gara-gara kedua-dua mereka dilaporkan melakukan penangkapan ikan haram dengan bot mereka di perairan Brazil.

Menurut laporan Globoesporte, laman berita tersebut mendedahkan bahawa jumlah ikat jamin sebanyak $1.6 juta akan dibayar bagi membolehkan mereka keluar daripada penjara dan menjadi tahanan rumah di Paraguay.

Namun mereka tidak dibenarkan meninggalkan negara itu sehingga selesai kes perbicaran mereka.

Ronaldinho dan abangnya diarahkan tinggal di sebuah hotel yang terletak 2 batu daripada tempat perbicaan mereka kelak.

Ronaldinho disenangi

Ronaldinho sebelum ini meraikan harijadi ke-40 beliau di dalam penjara. Ronaldinho merupakan bekas pemenang Piala Dunia 2002 dan juga bekas pemain terbaik dunia.

Beliau juga memiliki banyak koleksi kejuaraan bersama dengan Barcelona.

Ketika di penjara, beliau sangat popular dan menjadi pujaan. Malah dia dijemput menyertai acara futsal dan membantu pasukannya menjadi juara.

Ronaldinho turut diletakkan di bilik tahanan khas untuk memastikannya tidak diganggu oleh banduan yang lain.

Selain itu beliau turut meluangkan masa mengajar banduan penjara skil bola sepak dan futsal.

Polis dan banduan di sana tidak melepaskan kesempatan untuk beramah mesra dengan beliau. Ramai yang meminta autograf.

Ini merupakan kali ketiga peguam beliau dan abangnya memohon untuk tahanan rumah. Sebelum ini permohonan itu ditolak.

Namun selepas mengambil kira beberapa perkara, akhirnya permohonan itu diluluskan.

Ronaldinho merupakan pemain yang dianggap terbaik di dalam generasinya, ketika beliau berada dalam prestasi kemuncak.

Beliau merupakan pemain yang dihormati semua termasuk penyokong lawan.

Gaya permainannya yang lincah menjadikan beliau idola ramai termasuk pemain bintang pada hari ini yang membesar melihat aksi beliau.