TERKINI: Kerajaan Larang Liga M Bersambung Sejurus PKP Tamat, Namun Pertimbangkannya Jika MFL Sambung Semula Aksi Pada Hujung Tahun

Kerajaan Malaysia kekal dengan keputusan tidak membenarkan saingan Liga Malaysia (Liga M) disambung walaupun selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, buat masa ini kerajaan masih mengekalkan keputusan mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Ini bermakna polisi kerajaan ke atas Liga Malaysia masih kekal seperti yang mereka umumkan sebelum ini.

Beliau dimaklumkan bahawa Liga M sudah merancang untuk kembali semula menyambung aksinya pada bulan Jun.

Menurut Ismail Sabri, tempoh itu terlalu dekat dengan PKP yang mungkin baru tamat pada Mei.

Justeru beliau berkata, kerajaan hanya mempertimbangkan jika Liga M Mahu menyambung aksinya kira kira dua atau tiga bulan selepas PKP.

Namun aksi bila sepak itu kenalah dilangsungkan di dalam stadium kosong.

Dipetik dari Harian Metro, Ismail Sabri berkata: “Saya difahamkan Liga M bermula Jun ini. Tempoh itu terlalu rapat walaupun PKP sudah ditamatkan.”

“Masih terlalu awal untuk kita benarkan kalau dalam tempoh dua atau tiga bulan PKP tamat.”

“Tetapi, kalau katakan PKP tamat pada Jun dan pertandingan diadakan pada Oktober atau November dengan SOP tanpa penonton, mungkin kita akan pertimbangkan perkara itu dengan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).”

Beliau menjawab isu tersebut selepas beberapa negara yang memiliki kes pandemik yang lebih tinggi seperti Korea Selatan dan Itali sudah memberikan bayangan bahawa liga bola sepak mereka bakal bersambung dalam masa yang terdekat.

Namun begitu, Ismail Sabri berkata, pihaknya bersedia meneliti permohonan rasmi dan cadangan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) serta Liga Bolasepak Malaysia (MFL) – apabila mereka menerima kertas cadangan oru kelak.

Beliau turut menegaskan bahawa sebarang perhimpunan ataupun aktiviti keramaian masih dilarang walaupun selepas PKP ini tamat.

Sebelum ini terdapat laporan bila tekan bahawa Liga Malaysia mungkin akan terpaksa dibatalkan kerana tidak mendapat keizinan dari kerajaan.

Namun kenyataan terbaru oleh Datuk seri Ismail Sabri Yaakob ini memberikan sedikit kelegaan kepada liga bola sepak Malaysia / MFL.

MFL sudah boleh memikirkan tarikh terbaik untuk menyambung liga musim ini.

Kegagalan untuk menyambung aksi liga akan memberikan impak yang besar kepada industri bola sepak Malaysia.

Ini kerana setiap pasukan akan menanggung bebanan hutang lebih tinggi kerana tidak mendapat bayaran hak penyiaran.

Namun begitu kesihatan awam sentiasa menjadi keutamaan berbanding dengan bola sepak.

Oleh yang demikian langkah pematuhan penjarakan sosial harus terus diimplementasikan walaupun keadaan sudah semakin ok dan liga kembali disambung.

Misalnya EPL sudah menghantar cadangan bahawa hanya 300 orang sahaja dibenarkan berada di dalam stadium dalam satu aksi perlawanan – mereka terdiri daripada para pemain serta pegawai-pegawai yang berkaitan.

Baca yang lain