Hilang RM40,000 Kena Scam Dari Iklan Facebook

Mesti korang pernah melihat banyak iklan skim cepat kaya yang lalu dekat facebook korang. Tangan saya ni dah lenguh nak hide semua ads tu. Tapi muncul pula yang lain.

Sila berhati-hati.

NST melaporkan: Seorang wanita kehilangan RM40,000 gara-gara terpedaya dengan skim cepat kaya yang diiklankan di Facebook.

Wanita itu bekerja sebagai operator di sebuah kilang telah terpersona dan terpegun dengan iklan yang menawarkan pulangan luar biasa daripada pelaburan.

Wanita yang berusia 37 tahun itu juga dihubungi oleh dalang di sebalik skim tersebut menerusi WhatsApp dan dia pun setuju melaburkan RM5,000 sebagai permulaan.

Namun selepas ini, pihak secammer ni tadi telah meminta wanita ni agark ‘top-p’ jumlah itu agar menjadi RM40,000.

Dia kemudian melakukan 9 transaksi yang berbeza untuk menggenapkan jumlah tu sekitar 18 sehingga 26 September lalu.

Namun, pihak scammer ni tadi terus meminta dia memasukkan lagi wang. Dan barulah dia sedar ini semua penipuan, fraud.

Kes ini sudah dilaporkan ke Balai Polis Seberang Prai dan kes disiasat di bawah seksyen 420 atas kesalahan menipu.

Baca yang lain