Sarawak Elak Turun Pangkat Lawan Kuching FA

Preview Play-Off Liga Premier 2020
Kuching FA lawan Sarawak FA.

Perlawanan dijadikan 8.15pm pada 23/11/2019 di Stadium Sarawak

Ringkasan

Perlawanan play-off ini diadakan oleh pihak Malaysia Football League untuk menentukan pasukan mana yang bakal mengisi slot ke-12 Liga Premier bagi musim 2020.

Sarawak FA yang menghuni kedudukan yang ke-11 bakal bertemu dengan Kuching FA yang menghuni kedudukan ke-2 Liga M3 di “home ground” kedua-dua pasukan iaitu di Stadium Sarawak.

Ianya boleh diibaratkan seperti aksi Inter Milan lawan AC Milan di San Siro. Dijangkakan pasukan Kuching FA bakal menggunakan jersi hijau untuk pemain & jersi kuning untuk penjaga gol. Manakala pasukan Sarawak akan memakai jersi merah untuk pemain & ungu untuk penjaga gol.

Sejarah

Perlawanan ini merupakan kali pertama kedua-dua pasukan berentap secara kompetitif.

Kedua-dua pasukan pernah bertemu di dalam aksi persahabatan ketika aksi pra-musim untuk musim 2017 & 2018 dan ke semua perlawanan tersebut dimenangi oleh Sarawak. Namun aksi persahabatan itu hanyalah sekadar santai dan tidak dapat diambil kira rekod perlawanan.

Perjalanan 2019

Pasukan Kuching FA adalah pasukan yang dilabel selaku pasukan pilihan oleh ramai pihak untuk menjuarai Liga M3.

Mereka mengambil langkah berani untuk memujuk Joseph Kalang Tie untuk kembali ke “Land of Hornbills” selain beberapa lagi bekas pemain Sarawak yang senior.

Segalanya tampak berhasil apabila Kuching FA berjaya mendahului carta liga melebihi separuh perjalan liga.

Namun segalanya seakan tidak menjadi dengan hanya mengutip 5 mata di dalam 5 perlawanan terakhir di tempat lawan sekaligus membenarkan Kelantan United memintas mereka.

Di laman sendiri pula Kuching FA memang gah, tanpa kalah dalam 12 perlawanan dengan hanya sekali seri namun rekod tanpa kalah tersebut tercalar ketika perlawanan terakhir menentang Ultimate FC.

Sarawak FA pula memulakan kempen 2019 dengan skuad yang agak berwajah baharu. Penghijrahan pemain senior mereka ke Kuching FA memberikan Sarawak FA nafas untuk mengetengahkan pemain muda yang rata-ratanya dinaikkan pangkat dari skuad Piala Presiden.

Namun kekurangan pengalaman mungkin merencatkan momentum mereka apabila mereka menunjukkan aksi yang kurang konsisten sehingga dilanda episod kekalahan demi kekalahan baik di tempat lawan mahupun di tempat sendiri.

Ini menyebabkan pertukaran jurulatih pada pertengahan musim terpaksa dilakukan.

Mereka hanya dipisahkan 1 mata oleh pasukan Kelantan FA yang menyaksikan Sarawak terpaksa bertemu Kuching FA dalam aksi play-off ini.

Namun pasukan ini boleh berbangga kerana mereka layak ke separuh akhir Piala Cabaran sebelum diketepikan oleh UKM.

Peminat

Ada segelintir peminat di media sosial menzahirkan sokongan lebih kepada Kuching FA namun masih ada yang tidak mahu melihat Sarawak bermain di dalam liga amatur untuk musim hadapan.

Apapun realitinya, kedua-dua pasukan ini berkongsi peminat yang sama sebenarnya.

Ramai yang sudahpun mendapatkan tiket mereka & dijangka akan lebih ramai membeli ketika hari perlawanan.

Datanglah awal ke stadium untuk mengelakkan kesesakan. Duduk & beradalah dimana kawasan seperti yang tertera pada tiket anda.

Janganlah membeli tiket terbuka namun duduk di kawasan grandstand. Jangan lupa juga untuk membuang bekas makanan & minuman ke dalam tong sampah yang disediakan okay!

Jangkaan

Kuching FA telah mengharungi 29 perlawanan (26 liga + 3 Piala FA) memberikan mereka sedikit kelebihan apatah lagi mereka mempunyai momentum di dalam perlawanan kompetitif.

Sarawak FA pula sudahpun menikmati rehat sebulan mereka setelah tamatnya perlawanan menentang UKM & perlawanan play-off ini boleh perlawanan yang segar untuk mereka. Untuk perlawanan ini, “may the best team win”.

Artikel ini milik Sejad Rahmandzukic yang disalin semula ke web.

Baca yang lain