Palace 1 Liverpool 2 – Firmino Mane Yang Memberikan Kemenangan

Liverpool kembali semula selepas international break. Dan Lawan kita kali ini adalah Criystal Palace di Selhurst Park.

Liverpool separuh masa pertama macam mana aku nak cakap. Nak kata main teruk tak. Tetapi tak ada real threat.

Lepas tu Palace mencipta beberapa peluang gol yang menyenakkan.

Di barisan pertahanan pemain macam Van Dijk tiada masalah sangat. Cuma ancaman Palace tu datang dari serangan balas dan juga bola mati serta shot luar.

Separuh masa kedua Liverpool tak banyak beza sangat dengan separuh masa pertama. Tak main teruk tetapi tak cukup bagus di hadapan gol.

Segalanya dilegakan oleh gol Sadio Mane, hanya 4 minit selepas separuh masa

Mane Skor dan meneruskan kecemerlangan beliau di kota Liverpool.

Robbo assist gol tersebut dan menjadikan beliau antara pemain paling kreatif dalam liga sekarang ni.

Selepas gol tu, Liverpool ada peluang gol menerusi Si Senor tetapi cucukan dengan tonjol dia diselamatkan penjaga gol. Aduh..

Palace mencipta beberapa peluang gol juga lepas tu.

Dan Liverpool mulai shut down dalam beberapa keadaan.

Palace memasukkan Benteke selepas tu dan dia melipat satu peluang gol. Hampir masuk tu.

Tidak lama selepas itu Liverpool bolos selepas holding play menarik daripada Benteke. Gol yang tenang daripada Zaha melakukan fake body feint mengatasi Robertson.

Tetapi Palace Kemudian bolos lagi. Selepas Van Dijk melakukan percubaan ke arah gol bola melantun balik dan Van Dijk try lagi, bola melantun balik dan Firmino tanpa berfikir panjang melakukan rembatan yang tepat ke arah gol.

Tamat perlawanan Liverpool menang dengan bergaya 2-1 ke atas Palace.

Liverpool mengekalkan jarak 8 mata di puncak liga.

Baca yang lain