Bagaimana J League Menyusun 303 Perlawanan Domestik Mereka Dalam Tempoh 25 Minggu

J League akan menyambung semula liganya pada 4 Julai ini. Sebelum itu mereka hanya sempat melakukan 1 perlawanan sebelum ditangguhkan akibat pandemik coronavirus.

J League 1 mempunyai 18 pasukan dan perlu melakukan 34 perlawanan/pusingan bagi menghabiskan musim dengan sempurna.

Secara keseluruhan J League menguruskan 306 perlawanan semusim- J League 1 sahaja. 9 perlawanan sudah dilangsungkan.

J League memutuskan untuk menyudahkan musim mereka sebelum tahun hadapan, selepas bersambung semula semua pasukan akan mempunyai jadual yang amat padat.

Mengikut musim biasa, selepas bulan Jun, J League 1 sudah memasuki perlawanan ke-17 hingga ke-19.

Kini mereka baru sahaja melakukan 1 perlawanan.

@—ûKŽŽ‡ŠJŽn‘OAuŽÐ‰ï“I‹——£v‚ð•Û‚¿ŽÊ^‚É”[‚Ü‚é‚f‚j¼ìi’†‰›j‚ç‰Y˜aƒCƒŒƒuƒ“é‹ÊƒXƒ^ƒWƒAƒ€i“¯ƒNƒ‰ƒu’ñ‹Ÿj
Bermula 4 Julai mereka akan mengharungi baki 33 lagi dan ditetapkan akan berakhir pada 19 Disember.

Ia akan dilakukan dalam tempoh 6 bulan atau bersamaan 25 minggu.

Dalam masa yang sama J League juga akan meneruskan pertadingan Levain Cup atau juga dikenali sebagai Piala J League.

Piala ini mempunyai format hampir sama dengan Piala Malaysia.

Pasukan akan dibahagikan kepada 4 kumpulan, pasukan terbaik akan mara ke peringkat kalah mati. Cuma 4 pasukan yang layak ke liga juara asia diberikan bye , tidak perlu bermain peringkat kumpulan.

Ia bagi mengimbangi jumlah perlawanan kerana pasukan yang ke liga juara asia sudah mempunyai 6 perlawanan peringkat kumpulan disana.

Bagi pasukan yang mara ke final Piala J League, mereka perlu menempuh lebih kurang 13 perlawanan.

  • 6 perlawanan peringkat kumpulan
  • 2 perlawanan playoff untuk ke suku akhir
  • 2 perlawnan suku akhir
  • 2 perlawanan separuh akhir
  • 1 perlawanan akhir

Bagaimanapun format ini diubah menjadi 1 perlawanan di semua peringkat bagi memberi ruang kepada liga.

BAGAIMANA J LEAGUE MENYUSUN JADUAL 2 PERTADINGAN INI

J League akan memenuhkan kesemua perlawanan liga pada 24 hujung minggu (Sabtu dan Ahad) dan memberi 1 ruang hujung minggu untuk perlawanan akhir Piala J League.

Julai akan menyaksikan 6 perlawanan liga dilangsungkan, 6 perlawanan pada Ogos tambahan 2 perlawanan Piala J League dan 6 perlawanan pada September tambahan 1 perlawanan Piala J League.

Pada 3 bulan pertama setiap pasukan perlu mengharungi 18 perlawanan liga dan tambahan 3 perlawanan Piala.

Memasuki Oktober, setiap pasukan perlu mengharungi 6 lagi perlawanan liga dan tambahan 1 perlawanan Piala.

Jumlah perlawanan akan mula berkurangan pada November dengan 5 perlawanan liga dan final Piala J Laegue.

Seterusnya pada 3 minggu terakhir setiap pasukan akan melengkapkan 4 lagi perlawanan liga. Pada 19 Disember, J League dijangka melengkapkan 34 perlawanan liga dan Pertandingan Piala.

  • Julai: 6 perlawanan
  • Ogos: 6 perlawanan + 2 perlawanan
  • September: 6 perlawanan + 1 perlawanan
  • Oktober: 6 perlawanan + 1 perlawanan
  • November: 5 perlawanan +1 perlawanan
  • Disember: 4 perlawanan

25 minggu tersebut kelihatan agak padat namun J League telah memutuskan dan mengeluarkan jadual seperti itu.

Daripada 25 minggu tersebut sesetengah pasukan perlu mengharungi 2 perlawanan  untuk 13 minggu dan bakinya 1 perlawanan seminggu.

38 perlawanan dalam tempoh 25 minggu bermakna mereka sudah memenuhi 76% jadual maksima yang boleh disusun (2 perlawanan seminggu).

Kiraan tersebut hanya melibatkan 2 pertandingan domestik, tidak termasuk pertadingan liga juara asia dan perlawanan antarabangsa.

Jumlah keseluruhan baki perlawanan J League 1 297 perlawanan dan 6 perlawanan Piala J League.

Buat masa sekarang Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) masih belum mengumumkan apa status 2 pertandingan tersebut.

Ia melibatkan rentasan antara negara yang mungkin memerlukan banyak SOP yang perlu dipatuhi berbanding pertadingan domestik.

Jika perlawanan antarabangsa dan kelab asia dijalankan, J League dijangka menggunakan baki 24% jadual yang masih kosong.

Ia akan membuatkan sebahagian besar pemain mereka akan bermain 2 perlawanan seminggu selama 6 bulan.

Bagaimana jadual kita di liga M, Piala FA dan Piala Malaysia?