4 Gol Yang Sangat Penting Daripada Kemenangan Penting

Malaysia menang pada malam ini ke atas Timor Leste. Tahniah kepada OKS dan anak-anak buahnya.

3 mata pertama yang kita dapat di Filipina dalam Sukan SEA kali ini. Kita dalah misi sukar. Dan misi pertama itu kita dah buat.

Timor Leste dianggap pasukan paling lemah dalam kumpulan A. Dan mereka memiliki 3 peluang keemasan yang mereka tak dapat sudahkan.

Salah satu daripadanya daripada situasi, pemain melepasi penjaga gol dan kemudian gawang ternganga, tetapi gagal disempurnakan.

Itu rumusan kepada teruknya kualiti lawan kita, namun masih mampu memberikan ancaman gol. Ini yang harus kita risaukan.

Lebih tajam

Seterusnya, dari segi penyudah, Malaysia memperbaiki aspek penyudah daripada sebelum ini. 4 gol dihasilkan dan gol Akhyar tadi memang tipikal gol seorang penyerang, melakukan sentuhan yang baik dan merembat gol daripada sudut sukar.

Kalau terlajak sedikit dia akan hilang peluang secara total.

2 gol Hadi Fayyadh selepas kesilapan pertahanan lawan. Dan itu diperlukan seorang penyerang, kena opportunist.

Dari segi taktikal mungkin kita nak komen perlawanan ini masih merisaukan kita semua. Masih tercari rentak dan kurang permainan kombinasi yang sharp.

Namun kemenangan ini sangat penting untuk Malaysia. Ini yang berada di atas segalanya. Ini orang kata, kemenangan motivasi untuk para pemain menuju ke perlawanan terakhir.

Malaysia jelas masih mencari persefahaman di antara pemain terutama connection di antara bahaguan.

Tetapi 4 gol untuk perlawanan yang kita dalam tahap ‘masih mencari’ – itu boleh dikira cukup bagus.

Banyak juga perkara yang lebih positif dalam perlawanan ini. Pemain lebih keinginan untuk menang. Pemain berusaha lebih kuat berbanding sebelum ini. Bukti mereka memang bertanggungjawab di atas apa yang berlaku.

Hargai 4 Gol

Margin 4 gol ini sangat penting. 4 gol inilah membuatkan kita sekarang memiliki kelebihan berbanding Filipina.

Sekarang ini kita akan membuat perhitungan dengan Kemboja pada aksi terakhir.

Di mana kita masih mampu mengawal nasib kita sendiri untuk perlawanan terakhir.

Filipina dijangka akan menang ke atas Timor Leste. Dan kita juga harus menang dengan mengatasi jumlah perbezaan jaringan oleh pasukan tuan rumah.

3 pasukan dalam misi wajib menang bagi mengiringi pasukan Myanmar.

Kita fokus kepada matematik pasukan Malaysia dan Filipina.

Malaysia ada kelebihan GD +3 berbanding Filipina yang 0. Filipina perlu kejar GD kita jika kedua dua pasukan sama-sama menang.

Kemboja juga memiliki kelebihan yang lebih baik daripada pasukan Filipina.

Jangan pandang rendah kemampuan Kemboja kerana mereka antara pasukan yang sangat meningkat naik dalam beberapa tahun ini.

Semoga Malaysia dapat melaksanakan misi terakhir dengan jayanya dan akan mara ke separuh akhir.

Sekali lagi syabas kepada Harimau Muda di atas kemenangan. Diharap terus memperbaiki aspek permainan dan juga aspek pertahanan serta kreativiti.

Baca yang lain