Kepulangan Mourinho Yang Dimusnahkan Big Game Player Rashford

Manchester United berjaya menewaskan Tottenham Hotspur yang berada dalam prestasi terbaik mereka sejak diambil alih Jose Mourinho.

Ianya menandakan kepulangan The Special One ke Old Trafford selepas dipecat dan kemudian digantikan dengan Ole Gunnar Solskjaer.

Marcus Rashford terus menjadi big game player untuk United.

Gol pertama Rashford tu memang luar biasa. Rembatan yang deras dan sukar untuk keeper meberikan reaksi. Mungkin juga penjaga gol agak lambat memberikan reaksi.

Ia gol ke near post korang tau tak. So part near post ni nak tak nak keeper la akan lebih bertanggungjawab.

Namun gol itu tak akan terhasik jika Rashford tak melakukan contact yang kemas dengan bola.

Contact yang baik di permukaan bola itu yang membolehkan ia deras dan ada junaman di akhir fasa bola tu. Ianya memerlukan teknik yang betul. Kalau tak, kelaut la.

Namun pada minit ke-38 Dele Alli yang dalam form terbaik melakukan control yang sangat cantik. Dia mencipta space untuk dirinya sendiri dan memenangi semula possession dalam keadaan dia ditekan.

Alli mencipta ruang dan mencipta keadaan 1 lawan 1 dengan seorang diri dan menjaringkan gol.

Namun Spurs kemudian melakukan kesilapan dengan defensive error dan memberikan penalti.

Rashford dijatuhkan dan Rashford ambil penalti dan Rashford skor penalti dan Rashford meletakkan United di hadapan sekali lagi dan Rashford menjadi match winner… phewww….

Banyak kan jasa Rashford.

Secara taktikalnya Man United hadir dengan permainan yang lebih berani. Diharap Ole dapat buat benda ni setiap kali terutama sekali berhadapan dengan big 6.

Kemenangan ini sangat penting untuk United pada ketika ini. Pasukan yang memerlukan segalanya untuk kembalikan motivasi, keyakinan diri serta segala macam lagi la.

Ini juga reality check kepada Spurs bahawa mereka tidak boleh berterusan bocor di pertahanan seperti sebelum ini.

Manchester United melakukan lebih banyak percubaan ke arah gol. Dan mereka mengimbangi perlawanan ini dengan baik walaupun ramai yang menjangkan Spurs akan mendominasi perlawanan.

Marcus Rashford telah menjadi pemain yang memang efektif dalam big game. Tapi tu la, kadangkala dalam winnable game dia pula buat hal.

Rashford kini menjadi mimpi ngeri kepada penjaga gol big six.

Selain daripada Rashford, Fred juga antara pemain yang berhak mendapat pujian. Beliau bermain sangat baik dalam perlawanan ini.

Saya pernah gariskan Fred ni ada isu dengan konsistensi. Dia kalau on form memang tak beragak dia punya on form.

Nah ambik kau dia punya stats, mantul!:

Selain daripada Rashford, Ole juga memiliki rekod yang kental berhadapan dengan big 6. Dan musim ini masih tak kalah lagi dengan 6 pembesar EPL ini.