FCWC: Liverpool Sahkan 23 Pemain, Budak Wicet & Tiktok Galas Tugasan Piala Carabao

Liverpool sudah pun mengesahkan 23 pemain yang akan dibawa ke Piala Dunia Kelab 2019 yang akan berlangsung di Qatar.

Liverpool terpaksa memecahkan skuad mereka selepas pihak pengurusan Piala Carabao dan EPL enggan menunda ataupun menukarkan jadual suku akhir kejohanan tersebut.

Ianya hanya 24 jam daripada jadual sepak mula Piala Dunia Kelab. Dan mustahil untuk Liverpool meletakkan pasukan utama mereka di kedua-dua pertandingan.

Skuad bimbingan Jurgen Klopp mara ke Piala Dunia Kelab selepas menjuarai UCL pada musim 2018/19.

Dalam senarai 23 pemain, Liverpool menyenaraikan pasukan terkuat mereka. Hanya Fabinho dan Joel Matip yang tak terlibat kerana kecederaan.

Jadi, perlawanan menentang Aston Villa akan menyaksikan pemain yang sangat muda untuk beraksi pada Piala Carabao. Saya ulang!!! ‘Sangat muda’.

Anda bayangkan, Rhian Brewster, Harvey Elliott, Neco Williams dan Curtis Jones pun dibawa sekali ke Qatar.

Klopp sudah memberikan tugas piala Carabao kepada jurulatih B-23 Liverpool iaitu Neil Critchley.

Berikut adalah senarai penuh pemain-pemain yang akan terbang bermain di FIFA Club World Cup:

  • Alisson
  • Van Dijk
  • Wijnaldum
  • Dejan Lovren
  • James Milner
  • Naby Keita
  • Roberto Firmino
  • Sadio Mane
  • Mohamed Salah
  • Joe Gomez
  • Adrian
  • Jordan Henderson
  • Alex Oxlade-Chamberlain
  • Adam Lallana
  • Lonergan
  • Xherdan Shaqiri
  • Rhian Brewster
  • Andrew Robertson
  • Divock Origi
  • Curtis Jones
  • Trent Alexander-Arnold
  • Harvey Elliott
  • Neco Williams

Ini merupakan satu-satunya piala yang masih belum berada di dalam kabinet Liverpool di dalam sejarah kelab.

Liverpool pernah terlibat dalam kejohanan ini pada 2005 namun tewas di tangan Sao Paulo. Ini peluang terbaik untuk Liverpool membawa pulang kejohanan ini.

Liverpool akan beraksi di peringkat separuh akhir pada 19 Disember. Sementara itu adik-adik wicet dan tiktok akan beraksi dalam Piala Carabao pada 18 Disember 2019.

Baca yang lain