Senarai 10 Atlet Paling Masyuk Dekad Ini, Messi Ketiga, Ronaldo Kedua

Atlet pada hari ini semakin lama semakin tinggi pendapatan mereka. Ada atlet yang berpofil tinggi dan menarik banyak tajaan ekslusif ke dalam kantung pendapatan mereka.

Berikut adalah senarai kira turun 10 atlet paling masuk pada dekad ini, dari 2010 – 2019 menurut Forbes.

10. Lewis Hamilton: $400 juta / RM1.65 billion

Juara dunia enam kali Formula 1 ini masih menjadi antara atlet yang ada market besar di pasaran.

Beliau masih lagi magnet utama tajaan di lapangan Formula 1.

9. Kevin Durant: $425 juta / RM1.75 billion

Pada dekad ini pendapatan Kevin Durant meningkat 400% berbanding dengan apa yang beliau dapat dekad sebelumnya.

8. Manny Pacquiao: $435 juta / RM1.8 billion

Senator Manny Pacquiao masih kuasa dalah pay per view. Sepanjang kariernya, Pac Man sudah mendapatkan 25 pay per view yang bernilai sekitar $1.3 billion.

7. Phil Mickelson: $480 juta / RM1.99 billion

Pemain golf Phil Mickelson tahun lalu mendapatkan bayaran tertinggi sebagai pemain golf.

Namun tahun ini tewas kepada Tuger Woods. Tetapi tak mengapa, beliau masih di rangking ketujuh tahun ini.

6. Tiger Woods: $615 juta / RM2.53 billion

Tiger Woods benar-benar bangkit pada tahun ini. Beliau hanya beraksi dalah 10 jelajah PGA. Namun hak tajaan beliau meningkat naik.

5. Roger Federer: $640 million / RM2.65 billion

Bintang tenis veteran, Roger Federer masih berupaya menjadi daya tarikan utama dalam arena sukan.

Bintang tenis berusia 38 tahun ini berjaya mendapatkan tajaan luar biasa dengan Uniqlo pada 2018. Uniqlo sahaja membayar beliau USD300 setahun.

4. LeBron James: $680 juta / RM2.81 billion

Tidak perlu minat NBA untuk kenal dengan nama ini. LeBron James dianggap sebagai salah seorang legenda hidup dalam NBA.

Beliau meningkatkan jumlah gaji bermain beliau sebanyak $270 setahun berbanding 16 tahun yang lalu.

3. Lionel Messi: $750 juta / RM3.1 billion

Messi merupakan atlet yang menerima gaji tahunan paling tinggi di dunia ketika ini daripada Barcelona.

https://twitter.com/FutboIStan/status/1209556505651040256

Secara keseluruhannya Messi meningkatkan lagi hak tajaan dan menjadikan beliau berada di 3 teratas.

2. Cristiano Ronaldo: $800 juta / RM3.3 billion

Seteru kepada Lionel Messi di lapangan bola sepak, Cristiano Ronaldo terus kukuh berdiri dengan jenama CR7.

Beliau banyak menerima tajaan ekslusif kerana populariti beliau di media sosial terutama sekali Instagram dan Facebook.

Beliau manusia paling banyak pengikut FB dan Insta. Mungkin selepas ini boleh fight di arena Tik Tok kan?

1.Floyd Mayweather: $915 juta / RM3.78 billion

Dan yang paling masyuk untuk 2019 ialah Floyd Mayweather. Baru sebentar tadi aku tulis dia hadiahkan anak gadis berusia 19 tahun dia Mercedes G63 yang bernilai RM750,000.

Memang tak luak duit mamat ni.