Previu Liverpool Spurs: Adakah Spurs Akan Pakai 3-4-3?

Pertarungan ini merupakan yang pertama melibatkan Liverpool dan Spurs selepas aksi di final pada UCL 2019.

Liverpool sebelum ini tercicir mata pertama kalinya di Old Trafford dan berharap tidak akan tercicir lagi. Ini kerana Man City menang dalam aksi mereka semalam.

Klopp dalam sidang medianya berkata: “Tottenham tidak akan sama sekali pernah lupa cara bermain bola sepak.”

Itu respon beliau ketika ditanya tentang kemenangan bergaya Spurs dalam UCL selepas permulaan kurang memberangsangkan musim ini.

Selepas kekalahan di Madrid, Spurs terasa impak yang jelas. Segalanya serba rumit. Dengan Pochettino sudah beberapa kali mengkritik polisi Daniel Levy.

Liverpool pula tanpa ‘big signing’ dan meneruskan projek yang mereka bina sebelum ini. Liverpool mendapat 28 mata daripada 30 maksimum.

Manakala Tottenham pula mengutip angka mata paling rendah dalam era Pocettino.

Luka yang dialami Spurs dalam beberapa perlawanan musim ini boleh dilepaskan di Anfield, jika Liverpool tersilap percaturan.

Kedua-dua pasukan mencatatkan kemenangan yang memberangsangkan pada tengah minggu dalam saingan UCL.

Liverpool menamatkan ‘mabuk perjalanan’ bermain di away dalam saingan UCL.

Secara kasarnya, Liverpool sudah 44 perlawanan tanpa kalah dalam liga, 11 yang terakhir – adalah menang. Satu pencapaian yang mahu ditamatkan oleh Harry Kane dan rakan-rakannya.

Anfield sentiasa menjadi kubu kuat Liverpool terutama sekali pada era Jurgen Klopp. Spurs pula masih gagal menang sebarang perlawanan di away musim ini. 3 lawatan terakhir mereka ke tempat lawan berakhir kekalahan.

Kali terakhir Spurs menang di tempat lawan adalah pada Januari. Dan ketika itu mereka melepaskan kedudukan terbaik mereka untuk menyaingi liga dengan hanya 2 mata daripada 30 yang ditawarkan.

Kali terakhir Spurs gagal menang 10 perlawanan liga di tempat lawa adalah pada 2000/01.

Seterusnya, Spurs gagal menang 20 daripada 23 perlawanan dengan pasukan yang memulakan perlawanan sebagai pendahulu liga.

Prestasi semasa:

Liverpool (EPL): WWWWDW
Recent form (semua pertandingan): WWWWDW

Tottenham (EPL): DWLWLD
Recent form (semua pertandingan): LWLLDW

Perkembangan pasukan

Liverpool tidak membawa Joel Matip dan Trent Alexander-Arnold untuk terbang bersama dalam aksi berhadapan dengan Genk. Dan 2 pemain ini dijangka akan kembali ke dalam pasukan utama.

Xherdan Shaqiri masih lagi menjalani proses pemulihan. Namun aksi Naby Keita dan juga Alex Oxlade-Chamberlain dalam UCL tempoh hari sangat memberangsangkan.

Spurs pula, seperti kita semua tahu, Hugo Lloris masih tidak boleh bermain. Namun Ryan Sessegnon boleh melakukan debut dalam perlawanan ini.

Formasi

Adakah Spurs akan menggunakan pendekatan 3-4-3 seperti mana digunakan Man United ketika menyukarkan Liverpool?

Ini kerana Spurs juga kerap bermain dengan sistem tersebut. Dan fleksibiliti dengan 3-4-3 Spurs antara kekuatan mereka untuk menggunakan sistem ini sebagai sistem utama di dalam permainan.

Tetapi dalam aksi menentang Watford, mereka sukar bermain dengan sistem ini. Mereka hampir kalah dalam perlawanan tersebut. Watford tak cukup klinikal untuk mendapatkan gol kedua.

Rekod pertemuan

Liverpool mendominasi pertemuan ini dalam sejarah. Liverpool menang 10 dan hanya kalah sekali dalam 15 perlawanan terakhir dalam semua pertandingan.

Musim lalu, Liverpool menang kesemua 3 perlawanan ke atas Spurs. Jadi, Liverpool berpeluang mengulangi pencapaian untuk menang 4 kali straight seperti mana 2015.

Kali terakhir Liverpool kalah di Anfield di tangan Spurs adalah pada 2011.

Pemain tumpuan

Oxlade Chamberlain

Pemainn ini nampak sangat sharp dalam 2 perlawanan terakhir. Ketika cameo menentang Man United dan juga ketika aksi UCL menentang Genk.

Tanguy Ndombele

Pemain box to box ini wajar diberikan perhatian oleh Liverpool. Beliau boleh menjadi extra attacker yang bahaya.

Jangkaaan kesebelasan utama:

Liverpool: Alisson, Alexander-Arnold, Gomez, Van Dijk, Robertson; Oxlade-Chamberlain, Fabinho, Wijnaldum; Salah, Firmino, Mane

Tottenham: Gazzaniga; Alderweireld, Sanchez, Vertonghen; Aurier, Ndombele, Winks, Rose; Alli; Kane, Son

Jangan lupa aksi Liverpool vs Spurs, 12.30 pagi esok / tengah malam ni la.

 

 

Baca yang lain