BMW Tak Berminat Nak Sertai MotoGP Kerana Tak Menguntungkan Mereka Dan Pelanggan

Syarikat pengeluar kenderaan BMW juga dikenali dengan pengeluaran produk motosikal selain daripada kereta.

Syarikat dari Jerman itu menjawab soalan wartawan tentang kemungkinan akan menyertai MotoGP pada masa terdekat ini.

Ternyata buat masa ini BMW masih tidak berminat mahu menyertai MotoGP. Hal itu disahkan oleh CEO BMW Motorrad, Markus Schramm.

Sebab utama BMW tidak berminat menyertai MotoGP kerana menganggap ia perkara yang tidak menguntungkan pihak mereka dan para pelanggan mereka.

Ia lebih kepada memberikan keuntungan kepada penaja yang lain.

BMW sudah pun kembali tampil di arena Superbike di WSBK 2019 dengan jentera S1000RR.

Ini adalah kali pertama mereka beraksi di pentas Superbike sejak 2013.

Walaupun sudah lama tidak terlibat dalam perlumbaan tersebut, BMW ternyata menamatkan musim dengan sangat baik di 5 teratas.

BMW berada di tangga keempat. Pelumba mereka, Tom Sykes juga berjaya menaiki podium sebanyak empat kali.

Namun BMW selesa dengan hanya bersaing di WSBK berbanding dengan MotoGP walaupun semua orang tahu MotoGP jauh lebih gah.

Seterusnya pihak BMW menyatakan mereka menyertai Superbike kerana mereka mahu menguji jentera motosikal mereka untuk tujuan kajian dan pembelajaran.

Schramm menambah: “Di Superbike ada sinergi dan teknikal yang lebih kuat daripada di MotoGP.”

“Saya fikir, tidak banyak impak dan keuntungan MotoGP kepada kami. Tidak berbaloi jika kami melaburkan wang yang banyak di sana tanpa pulangan yang kami harapkan.”

“Keutamaan kami sekarang adalah para pelanggan motosikal Superbike BMW.”

Baca yang lain