Ini Pendapatan Khabib Nurmagomedov Di UFC Setakat Ini

Khabib Nurmagomedov merupakan petarung UFC yang paling power ketika ini.

Petarung dari Dargestan ini sedang mempersiapkan  diri untuk pertarungan yang seterusnya berhadapan dengan Tony Ferguson pada April 2020 ini.

Mesti korang nak tahu berapa sebenarnya Khabib dah buat duit daripada UFC?

Ramai yang percaya pendapatan tertinggi beliau adalah ketika berhadapan dengan McGregor. Namun laporan MMA Daily mendedahkan angka itu sudah jauh dipecahkan oleh aksi beliau berhadapan dengan Dustin Poirier.

Mengikut laporan, 2 pertarungan Khabib yang terakhir adalah pendapatan tertinggi beliau berbanding dengan 10 lagi pertarungan beliau yang sebelumnya di pentas UFC.

Kemenangan ke atas Dustin Poirier dan ketika merembat Conor McGregor telah memberikan beliau bonus yang sangat tinggi.

Menurut data oleh MMA Daily, Khabib Nurmagomedov setakat ini sudah mendapat $8,680,000 dalam 12 pertarungan UFC beliau bersamaan dengan kira-kira RM35.5 juta.

PPV dalam 2 pertarungan terakhir beliau adalah yang paling tinggi menyumbang daripada angka $8.68 juta itu.

Khabib mendapat $6 juta daripada PPV berhadapan dengan Dustin Poirier, dan PPV bernilai $2 juta ketika berhadapan dengan Conor McGregor.

Berhadapan dengan McGregor merupakan acara yang memberikan Khabib Nurmagomedov pendapatan peribadi tertinggi ketika itu, walaupun McGregor mendapat lebih daripada beliau daripadanya.

Di mana, Khabib mendapat $2 juta daripada PPV dan kemudian bonus $40,000.

Namun bayaran itu ditahan dan kemudian dipotong $500 ribu kerana insiden serangan beliau ke atas kem McGregor seleapas tamat pertarungan.

Jadi, Khabib hanya mendapat sekitar $1.54 juta daripada pertarungan itu.

Akibat daripada pergaduhan itu juga, Khabib digantung daripada beberapa pertarungan. Ini bermakna beliau tidak terlibat dalam beberapa pertarungan yang beliau boleh terlibat.

Kepulangan semula Khabib Nurmagomedov ke dalam lapangan UFC telah disambut gembira oleh peminat UFC.

Beliau menewaskan Duston Poirier untuk merampas tali pinggang kejuaraan dalam UFC 242.

Khabib mendapat $6 juta, dengan insentif khas $50,000 yang digelar Performance of the Night. Boleh tahan.

Ianya memecahkan rekod yang beliau dapat ketika berhadapan dengan Conor McGregor.

Ramai yang mahukan Khabib rematch dengan Conor McGregor. Kerana ia akan mampu memberikan pulangan wang lebih banyak selepas ini.

Namun Khabib buat masa ini tidak mahu menjadikan wang sebagai faktor utama untuk menentukan pertarungan.

Sebaliknya beliau mahukan pertarungan itu dapat kepada orang yang selayaknya.

Mereka yang sudah menunggu giliran untuk merebut tali pinggang kejuaraan.

Beliau berkata, hanya akan bertarung semula dengan McGregor jika betul petarung itu bangkit dan menang dalam beberapa siri pertarungan dan layak untuk merebut tali pinggang kejuaraan.

Dan jika ketika itu, tali pinggang itu masih di tangan beliau, maka ianya adalah dialu alukan.

Sebagai tambahan, Khabib Nurmagomedov dan ayahnya sudah membina gym serba lengkap di Rusia, untuk kegunaan masyarakat setempat bagi berlatih seni mempertahankan diri.

Gym itu turut dilengkapi dengan ruang solat bagi kegunaan mereka yang beragama Islam.

Baca yang lain