Rio Ferdinand Tweet Brunooooo! Ejen Pemain Itu ‘Like’ Pula, Maknanya Apa?

Semalam legenda Man United, Rio Ferdinand telah menciap tweet Brunoooooo diikuti dengan emoji jam, tanda menunggu sesuatu.

Ianya telah menjadi sensasi di internet terutama sekali di kalangan penyokong Manchester United, dan ramai yang tak tidur dibuatnya.

Malah keadaan menjadi semakin tak terkawal apabila ejen kepada Bruno Fernandes sendiri telah menyukai tweet tersebut.

Bruno Fernandes kembali dikaitkan dengan Manchester United. Dan kelibat beliau dikatakan kelihatan pada kenderaan pegawai Manchester United.

Ia  menguatkan lagi spekulasi bahawa pemain itu akan datang untuk mengisi kekosongan di bahagian tengah United.

United kehilangan Paul Pogba untuk beberapa bulan kerana pemain itu dalam proses pemulihan.

Kelibat inilah yang tersebar di twitter dan membuatkan ramai jadi tak keruan.

Siap ada yang zoom terus, nak bagi nampak lebih jelas.

Sporting Lisbon dilaporkan sangat memerlukan wang ketika ini. Dan mereka mahu menjual Bruno Fernandes dengan segera.

Bruno Fernandes telah menjadi pemain tengah serba boleh. Beliau pemain yang merupakan playmaker dan pada masa yang sama pemain yang memiliki rekod jaringan yang luar biasa, sebagai pemain tengah.

United sangat memerlukan pemain seperti ini di dalam pasukan mereka. Ini kerana pemain seperti Juan Mata sudah jauh daripada peak terbaiknya.

Malah beberapa bulan yang lalu pun aku cakap Man United adalah pasukan yang paling memerlukan pemain ini berbanding dengan beberapa pasukan yang lain.

Bruno Fernandes menstabilkan namanya dalam pasukan kebangsaan Portugal dan menjadi nadi penting pasukan Portugal menjuarai Liga Negara Negara Eropah tahun lalu.

Ini adalah peluang untuk United mendapatkan pemain tersebut. Bruno sebelum ini dikatakan hampir menyertai United dan siap ucap selamat tinggal kepada para penyokong Sporting.

Namun malang sekali, pemain itu tidak mahu menggunakan klausa pelepasan yang ada padanya. Dan United dilaporkan enggan memenuhi tanda harga yang diminta oleh Sporting.

 

Hal ini kerana Bruno masih mahu menghormati pasukannya yang mahu menjana lebih wang daripada penjualannya.

Rio turut menyatakan beliau pun macam korang juga. Asyik refresh twitter Man United menunggu berita tentang Bruno.

Namun ada yang cakap sebenarnya Rio dah tahu sebenarnya apa yang berlaku. Takkan dia tak ada kabel dalam tentang perkara ini.

Rio pula menegaskan dia tak tahu info dalaman. Dan dia pun macam korang, main twitter.

Nampaknya, Ed Woodward pasti tengah berusaha yang terbaik untuk memastikan Bruno Fernandes berjaya ditandatangani.

Selain daripada Fernandes, United juga dikaitkan dengan beberapa pemain lain termasuk Jack Grealish dan juga James Madisson.

Jadi, apakata fans MUFC? Korang rasa boleh dapat? Dan adakah ini pembelian yang berbaloi?

Campakkan pandangan anda di ruangan komen, nak dengar daripada korang.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di