Parasite, Filem Korea Selatan Pertama Ke Oscar

Bong Joon-ho telah berjaya membawa naskah Korea Selatan ke Oscar buat julung kalinya menerusi filem Parasite.

Filem tersebut mendapat pencalonan selepas ditayangkan di Cannes Film Festival pada Mei 2019.

Bukan dalam satu kategori saja tau, tetapi Parasite telah berjaya tercalon dalam kategori Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Best Original Screenplay Dan Filem Bukan Berbahasa Inggeris Terbaik.

Bong menganggap pencalonan itu sukar dipercayai dan beliau sedang kegirangan. Beliau menganggap ia seperti mimpi, namun kekal merendah diri di atas semua ini.

Beliau berkata: “Ianya seperti Inception. Takut nanti saya bangun dan menyedari ianya cuma mimpi.Dan Saya pula sebenarnya masih di tengah tengah Parasite memperbaiki kesemua peralatan yang rosak.”

“Namun sekarang ini segalanya sangat hebat, saya sangat gembira dengannya.”

Filem psychological thriller tersebut ditayangkan di Korea Selatan pada Mei 2019. Dan akan ditayangkan di UK pada 7 Februari akan datang.

Filem ini dibuntangi oleh Song Kang-ho, Lee Sun-kyun, Cho Yeo-jeong, Choi Woo-shik dan Park So-dam.

Filem ini mengisahkan kesusahan hidup keluarga Kim yang tinggal di rumah bawah tanah. Pada satu hari anak lelaki mereka mendapat kerja menjadi tutor untuk keluarga orang kaya.

Di situ mereka mulai merancang mahu membawa satu family untuk kerja di sana. Kisah bagai kaduk naik junjung kata orang.

Korang baca ulasan aku bawah ni:

Parasite: Ada Sebab Kenapa Filem Ini Dijulang Tinggi

Bong sebelum ini pernah mengarahkan banyak filem power termasuk filem untuk Netflix berjudul Okja.

Bong juga menggambarkan filem Parasite ini mungkin akan dibawa ke siri HBO selepas ini. Ianya gara-gara beliau berbalas tweet Adam McKay.

Berikut adalah beberapa pencalonan utama untuk Oscar kali ini:

Best Picture – Ford v Ferrari/Le Mans ’66, The Irishman, Jojo Rabbit, Joker, Little Women, Marriage Story, 1917, Once Upon a Time… in Hollywood, Parasite

Best Director – Martin Scorsese – The Irishman, Todd Phillips – Joker, Sam Mendes – 1917, Quentin Tarantino – Once Upon a Time… in Hollywood, Bong Joon-ho – Parasite.

Best Actress in a Leading Role – Cynthia Erivo – Harriet, Scarlett Johansson – Marriage Story, Saoirse Ronan – Little Women, Charlize Theron – Bombshell, Renée Zellweger – Judy.

Actor in a Supporting Role – Tom Hanks – A Beautiful Day in the Neighborhood, Anthony Hopkins – The Two Popes, Al Pacino – The Irishman, Joe Pesci – The Irishman, Brad Pitt – Once Upon a Time… in Hollywood.

Actress in a Supporting Role – Kathy Bates – Richard Jewell, Laura Dern – Marriage Story, Scarlett Johannson – Jojo Rabbit, Florence Pugh – Little Women, Margot Robbie – Bombshell.

Baca yang lain