[VIDEO] Penyokong Di Qatar Sindir Jerman Tentang Solidariti Kemanusiaan Ke Atas Ozil

Sebilangan penyokong di dalam Stadium Al Bayt dilihat memegang gambar Mesut Ozil semasa pertembungan Piala Dunia antara Jerman dan Sepanyol Ahad lalu – dan mereka berbuat demikian sambil menutup mulut.

Minggu lalu, semua pemain Jerman yang memulakan perlawanan Kumpulan E menentang Jepun, telah memutuskan untuk membantah larangan FIFA terhadap lilitan OneLove dengan menutup mulut mereka ketika mereka berbaris untuk bergambar pasukan.

Ini kerana menurut mereka FIFA telah menghalang mereka bersuara dan menyatakan pendirian mereka tentang isu penindasan kemanusian.

FA Jerman menutuskan bahawa mereka akan mengheret FIFA ke Mahkamah Timbang Tara Sukan atas larangan itu.

Pada petang Ahad, peminat di dalam Stadium Al Bayt memegang gambar Mesut Ozil sambil menutup mulut sebagai tindak balas kepada protes Jerman sebelum perlawanan pertama mereka.

Peminat mahu menonjolkan apa yang mereka anggap sebagai double standard atau pilih kasih dalam protes kemanusian Jerman.

Sebelum ini ramai pihak mahu menutup mulut Ozil ketika pemain itu bersuara isu Uighur. Dan Ozil menyatakan bahawa dia didiskriminasi oleh Jerman dari segi layanan yang dia terima di sana.

FA Jerman mengambil keputusan untuk berdiam diri atas isu tersebut. Tidak langsung mereka mempertahankan pemain yang menjadi arkitek kejayaan mereka menjulang Piala Dunia 2014 itu.

Ozil didiskriminasi

Empat tahun lalu, Ozil memutuskan untuk bersara daripada bola sepak antarabangsa.

Bekas pemain Real Madrid dan Arsenal itu dipersalahkan kerana diskriminasi tidak adil berhubung pertemuannya dengan presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Dalam kenyataannya di akaun Twitternya, Ozil mengesahkan dia tidak akan bermain untuk pasukan kebangsaan Jerman lagi kerana “perkauman dan tiada rasa tidak hormat” yang dia rasakan daripada rakyat Jerman dan FA Jerman.

Pemain tengah itu menulis: “Bagi saya, bergambar dengan Presiden Erdoğan bukan mengenai politik atau pilihan raya, ia mengenai saya menghormati jawatan tertinggi negara, presiden keluarga saya.”

“Tugas saya adalah pemain bola sepak dan bukan ahli politik, dan pertemuan kami bukanlah pengesahan sebarang dasar. Layanan yang saya terima daripada DFB dan ramai lagi membuatkan saya tidak mahu lagi memakai baju pasukan kebangsaan Jerman.”

“Saya rasa tidak diingini walaupun segala yang saya capai sejak penampilan sulung antarabangsa saya pada 2009 telah dilupakan.”

Ozil, yang membuat 92 penampilan untuk Jerman dalam tempoh sembilan tahun, mengkritik bekas presiden DFB Reinhard Grindel dalam jawatan itu.

“Orang yang mempunyai latar belakang diskriminasi kaum tidak seharusnya dibenarkan bekerja di persekutuan bola sepak terbesar di dunia yang mempunyai pemain daripada keluarga dwi-warisan,” tulisnya.

“Sikap seperti mereka tidak mencerminkan pemain yang mereka kononnya mereka wakili. Di mata Grindel dan penyokongnya, saya adalah orang Jerman apabila kami menang tetapi saya seorang pendatang apabila kami kalah.”

Dia menambah: “Dengan berat hati dan selepas banyak pertimbangan kerana peristiwa baru-baru ini, mala saya tidak akan lagi bermain untuk Jerman di peringkat antarabangsa selagi lagi saya mempunyai perasaan perkauman dan tidak dihormati.”

“Saya pernah memakai baju Jerman dengan rasa bangga dan teruja, tetapi kini tidak. Saya rasa tidak diingini dan berfikir bahawa apa yang saya capai sejak penampilan sulung antarabangsa saya pada 2009 telah dilupakan.”

Kini peminat di Qatar bertindak balas ke atas Jerman. Mahu mereka ingat apa yang mereka lakukan ke atas Ozil. Di mana suara mereka ketika pemain itu merayu sokongan mereka kerana diserang secara rasis terutama sekali di media sosial.

Di mana solidariti mereka ke atas Ozil ketika dia cuba meraih sokongan untuk bersuara isu etnik Uighur yang membuatkannya kehilangan penaja besar.

Baca yang lain