Pertukaran Tarikh Piala Afrika 2021 Akan Menyakitkan Liverpool

Jurgen Klopp tidak berselindung bahawa, Liverpool akan terasa impak apabila Piala Afrika tahun depan diubah kembali ke Januari.

Sebelum ini CAF telah mengubah tarikh kejohanan kepada Jun dan Julai, sesuai dengan tarikh cuti musim panas di Eropah, di mana ketika itu juga pra musim.

Klopp menganganggp Liverpool pasti akan terkesan dengan tarikh itu.

“Ianya akan memberikan kesan kepada kita, kerana pada masa itu nanti kita akan kehilangan 3 pemain penting.”

“Namun kita tiada kuasa untuk mengubahnya. Jika kita melarang pemain kita pergi, mereka akan digantung.”

“Macamana itu boleh berlaku? Di mana syarikat yang bayar gaji pekerja tidak ada kuasa menentukan pemain mereka boleh pergi atau tak?”

3 pemain yang dimaksudkan Klopp ialah Mohamed Salah, Sadio Mane dan Naby Keita.

Klopp menegaskan mereka kini perlu mengkaji semula pelan perpindahan pemain dalam jendela perpindahan yang akan datang.

Ini kerana segalanya kini dipengaruhi oleh CAF.

“Adakah kita harus buka buku sekarang?

“Saya sangat menghormati Piala Afrika. Saya sukakan kejohanan itu. Kita banyak menyaksikan kejohanan tersebut selama ini.”

“Cuma ada sedikit isu dengan cara mereka menganjurkannya di tengah-tengah musim liga.”

“Namun saya faham, mereka kena bermain pada masa itu kerana cuaca pada masa itu lebih sejuk di Afrika dan ianya lebih baik kepada mereka.”

“Ada beberapa benda yang tak ok. Pertamanya, FIFA mahu menganjurkan Piala Dunia kelab pada musim panas 2021. Seminggu kemudian adalah Piala Negara Afrika, yang sepatutnya berlangsung seperti perancangan awal.”

“Saya dah cakap sebelum ini. Saya tak pasti adakah ianya sebahagian daripada pertimbangan mereka untuk menukar tarikh penganjuran? Saya tak tahu.”

Baca yang lain