Peminat Bayern Sindir Mazroui: “Mana Mana Warna Itu Cantik”

Sebelum ini kapten Bayern Munich dan juga kapten Jerman telah menimbulkan banyak kontroversi di Qatar.

Apabila dia memaksa kesemua pemain lain untuk melakukan kempen sokongan kepada hubungan bebas serta isu kemanusiaan. Mengkritik pemerintah Qatar yang dianggap menindas rakyat sendiri dan imgiran yang datang bekerja.

Jerman ketika itu bergambar dengan menutup mulut.

Kini Bayern sekali lagi menjadi perhatian. Ini apabila peminat mereka menyerang pemain sendiri dengan kecaman.

Dalam aksi Bayern menentang RB Leipzig, segelintir penyokong Bayern di tempat duduk sebelah selatan tiba tiba mengangkat banner: “Semua warna itu cantik. Di Tolouse, Munich dan di mana sahaja, sila hormati nilai kita Mazraoui.”

Protes ke atas Noussair Mazraoui (25), adalah dianggap mengejutkan, kerana Bayern ketika ini masih perlu fokus kepada perjuangan dia atas padang untuk mengelak terlepas kejuaraan kepada Borussia Dortmund.

Kenapa peminat Bayern mengecam pemain sendiri? Ianya kerana Noussair Mazraoui dengan terbuka menyokong pemain Toluouse, Zakaria Aboukhlal yang enggan memakai jersi dengan warna pelangi pada nombor.

Ligue 1 sekali lagi mengadakan kempen pelangi dalam liga mereka.

Dengan kapten Marseille, Rongier sebelum ini mengecam mana mana pemain yang enggan memakai jersi pelangi. Merujuk kepada Zakaria dan juga peristiwa musim lalu di mana pemain PSG, Idrissa Gueye yang menolak memakai jersi pelangi kerana bertentangan dengan ajaran agamanya.

Zakaria baru baru ini menulis di IG beliau: “Hormatilah nilai yang saya percaya. Ini juga terpakai kepada semua orang, termasuk kepada agama yang saya percaya secara peribadi.”

“Saya tak rasa saya orang yang paling tepat untuk mengambil bahagian dalam kempen ini.”

Zakaria Aboukhlal mendapat kecaman teruk. Ada yang meminta dia berambus dari Perancis.

Itu membuatkan beberapa pemain beragama Islam yang lain mempertahankan tindakan pemain itu termasuk pemain asal Maghribi, Mazraoui. Dia menulis komen: “Tuhan memberkati kamu saudaraku,” dengan menambah emoji hati dua bijik.

Komen itu membuatkan penyokong Bayern mengecam Mazraoui yang dianggap bertentangan dengan prinsip kelab tersebut.

Mereka mahu pemain muda itu dijual daripada kelab itu jika dia berterusan menunjukkan sikap yang sama di masa akan datang.

Pengarah Sukan Bayern, Hasan Salihamidzic yang juga beragama Islam diminta mengulas perkara itu.

Dan dia menyatakan kelab berpendirian tegas menentang mana mana pemain yang dianggap bersikap h***fobia.

“Apa yang saya tahu, kamu semua berdiri teguh untuk mempertahankan nilai kelab ini. Saya tidak faham dengan perkara selain itu. Saya sangat fokus kepada bola sepak ketika ini.”

Dalam perlawanan yang sama, di mana banner mengecam Mazroui dinaikkan, Bayern kalah lagi. Kali ini terkena ‘comeback’ daripada Leipzig.

Bayern mendahului 1-0 separuh masa pertama. Namun lawan mereka bangkit dengan 3 gol separuh masa kedua.

Kekalahan itu memberikan peluang kepada Borussia Dortmund untuk memiliki kelebihan dalam persaingan kejuaraan. Di mana Dortmund yang menang selepas itu memintas Bayern sekali lagi.

Dortmund kini ada kelebiha 2 mata berbanding Bayern.

Baca yang lain