Manifesto Alisson Kepada Penyokong Liverpool Yang Beliau Mahu Tunaikan

Walaupun manifesto ini bukan kitab suci, namun ianya tetap satu janji. Jadi, sebaiknya janji itu adalah ditunaikan ataupun cuba ditunaikan dengan sebaiknya.

Ingat lagi tak keraian UCL Liverpool dahulu? Di mana ketika itu beliau menitiskan air mata kerana terharu dengan pencapaian Liverpool, serta sambutan penyokong ke atas para pemain.

Beliau kemudian menyatakan akan cuba membantu membawa pulang EPL ke Anfield selepas sekian lama kelab ini tidak menjuarainya.

“Perarakan kejuaraan hari itu, tidak akan sesekali saya lupakan. Semuanya bagus sekali. Dan kami tiba di tengah bandar, melihat lautan merah yang hingar dengan suara penyokong kami.”

Alisson seperti seorang YB

“Kami pula sekumpulan pemain yang datang dari pelbagai benua termasu, Amerika Utara, Afrika, Eropah dan Britain.”

“Trent adalah anak jati kelab ini dan beliau berada dalam pasukan utama di final. Saya yakin setiap kami hari itu merasakan sesuatu yang istimewa.”

“Perkara seperti ini adalah salah satu detik sekali dalam seumur hidup seorang pemain.”

Alisson mengesat matanya dan merasakan sesuatu yang sangat emosi. Beliau baru tiba di Liverpool dan dalam proses menyesuaikan diri dengan bandar Liverpool bersama keluarganya.

Pada malam final, isterinya tidak dapat bersamanya di stadium kerana melahirkan anak. Dan Alisson turut terpaksa meninggalkan isterinya dalam keadaan tersebut.

Pengorbanan keluarga amat besar maknanya bagi beliau.

Alisson menghantar banyak gambar dan video kepada rakan dan keluarganya di Brazil dan di mana sahaja.

Setakat ini, di dalam kariernya bersama Liverpool, beliau sudah memenangi banyak sekali kejayaan berpasukan dan juga individu. Nah:

Hari ini Liverpool menjarakkan diri 19 mata dari Manchester City. Kejuaraan EPL semakin hampir.

Alisson musim lalu turut berikrar akan cuba memberikan kejayaan EPL kepada Liverpool ketika Liverpool di hadapan Man City.

Ramai juga yang tergelak dengan cita – cita Alisson yang diperlekehkan sebegitu sahaja.

Liverpool terlepas lagi kejuaraan liga pada musim lalu, dan impian Alisson tidak padam begitu sahaja.

Malah tekadnya lebih kuat untuk Liverpool pada musim ini. Dan ikrar itu diluahkan sekali lagi ketika keraian Liga Juara Juara Eropah.

Alisson meneruskan prestasi cemerlangnya di atas padang.

Alisson menyertai Liverpool dari AS Roma. Jurgen Klopp mencari penjaga gol yang sesuai dengan sistem permainan beliau.

Liverpool perlukan Alisson

Selepas malam final UCL yang menyaksikan Karius membuat dua aksi komedi tragis, Klopp terus mengarahkan bahagian rekrut pemain untuk mempercepatkan pembelian Alisson.

Pada ketika itu Alisson masih bercuti, dan beliau datang ke Melwood untuk memuktamadkan perjanjian sebagai penjaga gol termahal di dunia ketika itu.

Alisson menyatakan beliau sangat gembira menyertai Liverpool dan pernah merasai sendiri aura yang tak mampu dijelaskan ketika bermain di Anfield bersama AS Roma.

Selepas menyertai Liverpool, Alisson menjadi pelengkap kepada sistem permainan Klopp di barisan pertahanan.

Kemampuan beliau untuk mengawal bola dengan baik di kakinya membolehkan Alisson menjadi nadi penting kepada sistem berasaskan binaan serangan dari bawah.

Liverpool kini sangat selesa memimpin carta EPL. Namun Alisson tetap tidak mahu leka dengan kedudukan semasa, kerana apa sahaja boleh berlaku di dalam bola sepak.

Beliau mahukan Liverpool kekal fokus dan melakukan tugas seperti biasa.